Nur

[VIDEO] ‘Macam Mana Saya Nak Dapat Jodoh Yang Baik?’- Prof Muhaya Jawab & Bagi 9 Tips

2
SHARES

Jodoh merupakan salah satu misteri dari Allah SWT yang sebenarnya tak ada satu pun manusia yang mengetahuinya. Walaupun, ia misteri tetapi semua manusia ingin dipertemukan dengan pasangan yang baik-baik. Benarlah bahawa jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Allah SWT, dan kita sebagai hambanya harus menerima setiap kenyataan tersebut.

Baca juga: [VIDEO] ‘Saya Ada Duit Haram, Nak Guna Untuk Apa?’- Ustaz Azhar Idrus Jelas 2 Cara Manfaatkan Duit Haram

MACAM MANA NAK DAPAT JODOH

Baik, tajuk ni best tau sebab ramai orang tanya saya macam mana nak dapat jodoh.

Jodoh ini sebenarnya Allah dah jadikan masa kita dalam rahim ibu kita lagi. Masa Allah masukan roh, Allah dah tetapkan jodoh dan kita nak tarik jodoh, kita kena bersangka baik bahawa ada jodoh kita.

Tetapi jodoh itu diberikan Allah SWT pada waktu yang baik. Jadi apa kata nak tarik jodoh yang pertama banyakkan berdoa. Kurniakan kita, doakan. Kurniakanlah aku jodoh yang baik, pada waktu yang baik dalam keadaan yang baik.

Maknanya macam ini, supaya kalau kita nak dapat jodoh pun tak payah lah nak bercinta lama-lama tak jadi. Biar dapat jodoh pada waktu yang baik, dalam keadaan yang baik dan jodoh yang baik. So nak tarik jodoh yang baik macam mana?

Kita mesti faham, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. So kalau kita nak dapat suami jodoh yang baik tentu kita kena jadi orang yang baik dulu.

VIDEO PENUH

@profmuhaya

Macam mana nak dapat jodoh? #pmcultra#profmuhayacircle#profmuhaya#profmuhayatv#profmuhayadotcom#transformasiguru#adaberidapat#motivation#motivasi #jodoh

♬ original sound – Prof Muhaya Official – Prof Muhaya Official

9 PETUA AGAR DIPERCEPAT JODOH YANG BAIK

1.Memperbetulkan kembali niat kita.

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.

2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri.

Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.

3. Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat.

Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan maka anda harus segera bangkit lagi.

4. Memperluaskan jaringan pergaulan.

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

5. Memperbaiki diri sendiri dahulu.

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?

6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga.

Bersangka baik dengan Allah SWT. Dia inginkan kita yang single ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.

7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain.

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadat wajib, tetapi dengan menambah ibadah-ibadah sunnah. Lakukanlah sedekah dengan ikhlas.

8. Lapangkan hati dan fikiran seluas-luasnya.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya.

9. Mengamalkan doa agar dipercepatkan jodoh.

Doa mendapatkan jodoh khusus untuk wanita:

Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Doa mendapatkan jodoh khusus untuk lelaki:

Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Sumber: Tiktok Prof Muhaya Official, Aku Islam 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×