Tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Iklan dan lagu raya dari pelbagai jenama terkemuka pun makin banyak ditayangkan di platform media sosial. Tidak mahu ketinggalan, KFC Malaysia turut menayangkan lagu raya mereka di YouTube baru-baru ini.
Namun, lagu raya yang dihasilkan KFC Malaysia ini sedikit lain daripada yang lain jika nak dibandingkan dengan jenama lain. Apa yang admin lihat, lagu raya mereka yang berjudul “Raya Selamba” ini menggunakan sajian popular mereka sebagai alat muzik!
Jadi, adakah irama akan terhasil daripada ayam goreng, nuget, kentang putar dan sebagainya? Macam mana tu? Jom kita tengok!
Galak kita supaya raya secara bersederhana
Unik kan? Apa yang kita boleh simpulkan daripada lirik lagu “Raya Selamba” ini adalah kita digalakkan untuk menikmati raya dengan lebih ‘selamba’ dan meraikannya secara bersederhana. Kata orang, tak perlu beria, cukup jika ahli keluarga dapat kumpul bersama menyambut hari mulia.
Kerjasama dengan kugiran tempatan
Untuk pengetahuan anda, KFC Malaysia bekerjasama dengan kugiran tempatan, The Venopian Solitude bagi menghasilkan lagu “Raya Selamba” ini. Dibarisi oleh 7 anak muda berbakat besar antaranya Takahara Suiko, Ahmad Khair Ahmad Anuar dan ramai lagi, tak hairanlah ia begitu unik sehingga boleh mencapai lebih 200,000 tontonan di YouTube.
Bagi menampilkan kelainan, mereka menghasilkan lagu raya dengan menggunakan ‘makey-makey‘ iaitu peranti yang disambungkan ke papan litar bersama peralatan muzik. Lalu, ia disambungkan ke makanan KFC dan terus ke program komputer hingga terhasilnya bunyi-bunyian. Wah, hebatnya!
Nak tengok macam mana mereka hasilkan bunyi daripada nuget dan ayam KFC?
Hebat kan? Bila tengok macam mana mereka sambung nuget tu, macam tak percaya pula ia bakal menghasilkan bunyi. Tapi, dengan bantuan peranti ‘makey-makey‘, semuanya boleh!
Admin yakin, mesti The Venopian Solitude ambil masa lama untuk set-up, latihan dan proses menghasilkan lirik bagi menghasilkan lagu “Raya Selamba” ini. Apa-apa pun, tahniah kerana telah menampilkan kelainan dengan menghasilkan bunyi daripada nuget dan ayam KFC untuk raya kali ini!
Jangan lupa follow Facebook KFC Malaysia untuk update terkini produk dan promosi terbaru mereka. Ingat, raya lebih bermakna bila semua ‘selamba’. Selamat Hari Raya daripada KFC Malaysia dan SirapLimau!