Kehidupan sebagai pasangan suami isteri sudah pasti ada pasang surutnya dan antara yang sering terjadi ialah perselisihan faham antara ibu mentua dan menantu.
Begitulah yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok apabila terpaksa berhadapan dengan ibu mentuanya yang sering mencari kesalahannya sehingga menyebabkan pergaduhan.
Baca juga: [VIDEO] “Mulut Kena Jaga…”- Nenek Kongsi Tips Bila Mak Mentua Tinggal Dengan Menantu
IBU MENTUA SURUH PULANGKAN PINTU RUMAH
Wanita itu terpaksa membaik pulih rumahnya dek kerana sikap ibu mentua yang berkeras mahukan semula pintu yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini.
Tambah wanita itu juga, dia sebelum ini sudah menolak pemberian si ibu mentua kerana pintu tersebut tidak sesuai dengan rumahnya tetapi wanita berkenaan tetap memaksa supaya pintu itu dipasang juga.
@parfumaurazaza Mau heran tapi ini ibu mertua saya (karna statusnya digantung di pengadilan)
“Ini adalah rumah aku yang terpaksa dibongkarkan kerana mentua suruh kembalikan pintu yang dia beri. Seluruh keluarga tahu bahawa dia memberi aku pintu itu.
“Dia paksa suruh pasang pintu itu di rumah aku sedangkan rumah aku tak sesuai pakai pintu itu. Dan sekarang dia bising-bising seperti aku yang minta pintu itu dan minta dikembalikan sekarang,” ujarnya.
“SAYA PERNAH ALAMINYA…”
Perkongsian video terseebut menerima 2.1 juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen, ada juga yang turut mengalami nasib sama tetapi ada juga yang turut bersyukur kerana dikurniakan ibu menantu baik dan memahami.
Sumber: TikTok Parfumaurazaza