Famili

[VIDEO] Ibu Mentua Kecewa Menantu Tak Sesuai Dengan Anak, Pendakwah Bebas Bagi Jawapan ‘Deep’!

25
SHARES

Kehidupan berumah tangga sudah tentunya pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui. Antaranya pergaduhan antara mak mentua dan menantu. Hal ini sama seperti satu kisah yang tular di media sosial apabila seorang wanita di Indonesia memberi pertanyaan mengenai menantunya.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Mentua Suruh Pulangkan Pintu Rumah, Menantu Terpaksa Renovate Semula

IBU MENTUA KECEWA MENANTU TAK SESUAI DENGAN ANAK

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram @nyinyir_update_official, wanita berkenaan meminta pandangan Mamah Dedeh berkenaan menantunya yang tidak disukai dan bukan pilihannya, lapor Wolipop.

“Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baharu. Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai untuk anak saya,” luahnya.

Jawapan Mamah Dedah ternyata sangat mendalam dan membuat semua pendengar terkedu serta setuju. Jelasnya, jika kita berharap mendapat menantu seperti dalam bayangan kita, ianya sangat susah dan tidak masuk akal.

“Kita harus memahami peribahasa ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Jika anda mengharapkan bertemu calon menantu sesempurna seperti dalam bayangan anda, sehingga kiamat tidak akan berjumpa orang seperti itu.

“Ada pepatah yang mengatakan ‘Insaan Mahalul Khatha wan Nisyaan’ yang bermaksud ‘manusia itu tempatnya adalah salah dan lupa’. Jangan terlalu cepat menghukum si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu. Adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengharapkan yang sama?” jawab Mamad Dedeh.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 13 ribu tonton di media sosial dan rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan.

VIDEO PENUH:

Sumber: Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×