40 Minggu

[VIDEO] Dugaan Baru Je Kahwin, Tiba-Tiba Doktor Sahkan Rahim Kena Buang!

114
SHARES
petua mudah hamil

Sememangnya setiap pasangan yang sudah berkahwin menginginkan zuriat dalam rumahtangga mereka namun tidak semua dikurniakan rezeki tersebut. Ada yang perlu menunggu bertahun-tahun dan ada juga yang sampai mendapat nasihat doktor yang sebaliknya.

Seperti kisah seorang wanita tabah ini, yang menerima dugaan cukup besar apabila doktor menyarankan agar rahimnya perlu dibuang!

Baca juga: 5 Jenis Ubat Ibu Hamil Tak Boleh Makan, Risiko Gugur & Janin Cacat!

BARU JE KAHWIN, DOKTOR SAHKAN RAHIM KENA BUANG…

petua hamil

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Reena Suhaimi di TikTok, dia berkongsikan kisah hidup yang bakal mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, wanita berkenaan menerima khabar duka apabila doktor mengesahkan bahawa rahimnya perlu dibuang kerana fibroid.

Kami baru sahaja bernikah. Tiba-tiba doktor kata aku kena buang rahim aku.

Ujarnya, dia mengalami pendarahan yang teruk dan berketul-ketul sehingga mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah di dalam badan.

Bleeding tak henti-henti tu buat heartbeat low dan berketul-ketul sampai anemia.

Cuba bertahan tapi tak larat sebab asyik bleeding sampai anemia. Jadi susah nak bekerja dan beribadah. Tak larat setiap hari. Pernah D&C (procedur buang tisu di rahim) tak berkesan jugak.

Dalam pada itu, Reen juga memaklumkan bahawa dia bakal melakukan pembedahan untuk membuang rahimnya pada Jumaat ini dan berharap agar dia bersama suaminya kuat menempuh dugaan ini bersama-sama.

@rena_baik

#Histerektomi subtotal. Dugaan perkahwinan.Tempuhi bersama✅#buangrahim #fyp

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

“TOLONG IKHTIAR DULU…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama. Bukan itu sahaja, ramai juga yang menyarankan dia supaya ikhtiar pelbagai cara dahulu.

Sumber: Tiktok @rena_baik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×