40 Minggu

5 Jenis Ubat Ibu Hamil Tak Boleh Makan, Risiko Gugur & Janin Cacat!

734
SHARES

Penjagaan yang rapi dan teliti semasa hamil amatlah penting bagi menjaga kesihatan kandungan. Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil jenis-jenis ubat tertentu bagi menguatkan kesihatan janin dalam kandungan dan diberi oleh pakar.

Namun, untuk memastikan ibu hamil sentiasa selamat, terdapat 5 jenis ubat yang tidak boleh dimakan bagi mengelakkan risiko gugur dan kecacatan pada janin. Mak-mak kena alert tau jenis ubat ini!

Baca juga: “Doktor, Umur Saya Dah 43 Tahun Masih Boleh Hamil Ke? Tiba-Tiba Terhamil Pulak…”

5 JENIS UBAT IBU HAMIL TAK BOLEH MAKAN, RISIKO GUGUR & JANIN CACAT

Untuk ibu mengandung, ada beberapa jenis ubat yang tak boleh makan. Ubat-ubat dalam senarai ni boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan ada juga yang boleh sebabkan keguguran. Ini senarai 5 ubat dekat thread yang dikongsikan oleh Twitter @Farmacora.

1. Chloramphenicol

Ubat ni ubat antibiotik yang biasanya doktor prescribed untuk orang yang ada infection. Ibu yang hamil tak boleh makan ubat ni sebab boleh menyebabkan bayi mengalami gray baby syndrome.

Gray baby syndrome ni mcm gambar dekat first tweet tadi.

2. Levofloxacin dan ciprofloxacin

Ubat ni pun ubat antibiotik untuk infection jugak. Ada satu kajian pernah buat pada tahun 2017, diorang concludekan ada 3 risiko ubat ni untuk ibu hamil iaitu:

i) Meningkatkan risiko keguguran

ii) Menyebabkan masalah pada tumbesaran tulang bayi

iii) Menyebabkan masalah pada pembangunan otot bayi

3. Sulfonamides

Ini pun salah satu daripada keluarga ubat antibiotik jugak. Pengambilan ubat ni boleh menyebabkan risiko keguguran & masalah jaundice yang teruk pada bayi bila lahir nanti.

4. Codeine

Ubat ni biasanya doctor prescribed untuk masalah batuk kering, diarrhea & tahan sakit. Jadi kalau batuk, pergi farmasi nak beli ubat, semak dulu kandungan ubat batuk tu. Lagi bagus tanya dengan pharmacist in charge.

Apa kesan codeine ni pada bayi? Ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

5. Ibuprofen

Banyak kegunaan ibuprofen ni sebenarnya. Ibuprofen ni digunakan untuk rawatan sakit sendi, gout, demam & sakit gigi. Sebab fungsi utama ubat ni adalah sebagai ubat tahan sakit.

Antara kesan ibuprofen ni pada bayi adalah:

i) Jaundis

ii) Pendarahan

iii) Kerosakan pada dinding usus perut.

iv) Menyebabkan masalah jantung pada saluran penting duktus arteriosus.

Ilmu pengetahuan ni bukan untuk orang perempuan je tau. Orang laki pun kena belajar sama, takdelah kita terbeli ubat yang tak sepatutnya waktu pasangan kita tengah hamil nanti. Jadilah pasangan yang bertanggungjawab & membantu.

Sumber: Twitter @Farmacora

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×