Famili

[VIDEO] “Comelnya…” Telatah Bayi Ralit Minum Air Paip Mencuit Hati

243
SHARES

Tidak dinafikan telatah anak kecil memang boleh mencuit hati. Ada sahaja idea mereka dan ada juga yang suka meniru atau mengikut telatah ibu ayah di rumah.

Seperti perkongsian video yang mendapat hampir 200,000 tontonan di TikTok ini, memaparkan anak kecilnya melakukan sesuatu perkara dan oleh kerana itu netizen turut terhibur melihat telatahnya. Adoi! Macam-macam…

Baca juga: [VIDEO] Ibu Terkejut Anak Keluarkan Kucing & Duduk Dalam Sangkar, Selamba Je!

“COMELNYA..” TELATAH BAYI RALIT MINUM AIR PAIP MENCUIT HATI

Video itu sempat dirakam oleh ibunya dan memaparkan anaknya sedang berada dalam walker. Anak kecilnya tidak menghiraukan ibunya lantas anaknya meminum air paip yang berada di kawasan parkir kereta.

Walaupun ibunya sudah menegur, dia masih juka leka dan fokus dengan air paip tersebut dan tidak menghiraukan dengan bebelan ibunya.

“Buat apa tu Ca? Mesti ikut perangai bapak dia time kecil-kecil dulu,” seloroh ibunya.

“WOW, COMELNYA…”

Video mencuit hati itu sudah tentunya membuatkan netizen turut terhibur dengan telatah adik comel itu. Ada juga ibu yang menyatakan anaknya juga seperti dalam video tersebut iaitu suka minum air paip.

Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang mengambil berat dan risau dengan bakteria jika minum air yang tidak dimasak dan ditapis dengan elok.

Sumber: TikTok Boom Surprise Party

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×