Rakyat

[VIDEO] “Apa La Bakar Depan Rumah Orang, Bakar La Dekat Rumah Sendiri..”

117
SHARES

Hidup berjiran sudah pasti banyak telatah dan ragam yang perlu kita hadapi. Sudah pastinya, hidup berjiran ini memerlukan sikap bertolak-ansur antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian dan mengelakkan daripada berlaku sebarang persengketaan yang tidak diingini.

Namun begitu, sikap sesetengah jiran yang dikatakan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain bukan satu perkara yang baharu.

Baca juga: [VIDEO] “Patut Ke Letak Paku?”- Wanita Geram Jiran Sidai Pakaian Sepanjang Pagar Rumah

“Apa La Bakar Depan Rumah Orang, Bakar La Dekat Rumah Sendiri..”

Seperti video pendek dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Amirah Ng di laman TikTok, dia meluahkan rasa kesal terhadap sikap jirannya yang dipercayai membakar sesuatu di hadapan rumahnya. Menerusi video tersebut jelas kelihatan kesan kebakaran sehingga meninggalkan abu.

Suka hati je bakar depan rumah orang.

Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila baju yang disidai selepas turut berbau asap kerana pembakaran tersebut.

Dah lah lepas Subuh kita dah sidai (baju). Tiba-tiba bau bakar. Apa la bakar depan rumah orang. Bakar lah dekat rumah sendiri. Sabar je lah.

Menerusi satu video yang lain gadis ini sempat berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan individu yang berada di hadapan rumahnya dipercayai membakar ‘sesuatu’ bagi upacara keagamaan.

Saya pun tak pasti. Tapi nampak banyak plastik hitam dalam tu kertas-kertas la.

@therealmirafaizzz

apa la bakar depan rumah orang,bakar la kat rumah sendiri. 🥲 sabar je la.

♬ original sound – ælya – ælya

‘JIRAN TAK ADA PERASAAN KEJIRANAN’

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab dan mereka turut mencadangkan kepada gadis ini supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sumber: Tiktok @therealmirafaizzz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×