Famili

[VIDEO] “Patut Ke Letak Paku?”- Wanita Geram Jiran Sidai Pakaian Sepanjang Pagar Rumah

3
SHARES

Adat hidup berjiran pasti akan ada sahaja telatah yang perlu dihadap. Ada yang baik dan ada juga yang memeningkan kepala dibuatnya. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di laman Tiktok ini apabila terpaksa berdepan dengan situasi jiran suka sidai pakaian di pagar rumahnya. Macam mana nak buat tu?

Baca juga: Gara-Gara Gaduh Bising Bunyi Ayam Jantan, Lelaki Bakar Jiran Hidup-Hidup

JIRAN SIDAI PAKAIAN SEPANJANG PAGAR RUMAH

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kay Nurisy di platform TikTok, berkongsi nasib yang dialami apabila mendapat jiran yang tidak bertimbang rasa kerana menyidai baju di sepanjang pagar rumahnya. Lebih mengejutkan lagi apabila jirannya itu turut menyidai pakaian dalam di pagar rumahnya tanpa ada rasa malu.

Macam mana nak buat ya. Saya rasa tak ada common sense lah jiran yang sidai baju kat rumah kita ni.

Orang pulak ada beritahu kami supaya hati-hati dengan jiran ni. Jadi nak terus direct dengan dia nanti bergaduh pulak dekat sini.

@kaynurisy

Any tips to overcome this issue 😅 #takdakcommonsense

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Difahamkan, wanita ini baru sahaja sebulan lebih pindah di rumah itu. Mengulas lebih lanjut, wanita berkenaan menceritakan ketika berada di dapur, dia melihat jirannya itu sedang menyidai baju. Meskipun individu tersebut melihatnya, namun jirannya itu tidak meminta izin untuk menyidai baju.

Pernah masa dia sidai, saya ada di tingkap di sinki dapur, dia nampak saya tapi dia buat tak tahu je. Dia teruskan je sidai langsung tak senyum, apatah lagi minta izin nak sidai masa nampak saya.

Ujarnya lagi, dia berfikir untuk meletakkan paku pada pagarnya agar jirannya itu tidak lagi menyidai baju-bajunya selepas ini.

“LETAK TANDA PAKAIAN UNTUK DIDERMA”

Sudah pasti ramai dalam kalangan warganet meninggalkan komen dan juga idea-idea bernas kepada tuan rumah untuk lakukan supaya jiran tidak lagi mengulangi tindakan tersebut. Terhibur juga!

Sumber: Tiktok @kaynurisy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×