Umum mengetahui tentang pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat kekurangan oksigen pada usia kandungannya tujuh bulan. Allahyarham kemudian menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi lelakinya yang diberi nama Ayash Affan.
Baca juga: “Satu Perasaan Rindu Yang Teramat Sakit,” Perkongsian Bapa Tunggal Undang Sebak…
ADIK IPAR JADI IBU SUSUAN AYASH AFFAN
Terbaharu, pelakon dan pelawak terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhamad memilih adik ipar kepada allahyarham Siti Sarah untuk menjadi ibu susuan kepada Ayash Affan.
Menerusi video yang dikongsi oleh Hidayah Abdullah di laman TikTok, dia menjelaskan bahawa jika duduk berduaan bersama Ayash dia lebih gemar memanggil dirinya ibu tetapi agak sedikit kekok jika di hadapan orang ramai dan ahli keluarganya. Jelasnya dia menggangap Ayash sebagai anak ketiga meskipun bukan dari rahimnya sendiri.
“My third child. Bila sembang berdua dengan Ayash, aunty suka bahasakan diri ‘ibu’. Ayash pun anak aunty. Walaupun bukan dari rahim aunty. Tapi aunty kekok nak bahasakan ‘ibu’ depan family,” jelasnya wanita itu.
“MASYAALLAH, COMELNYA…”
Perkongsian video yang menerima hampir 800,000 penonton sudah tentu dibanjiri komen warganet yang memuji kecomelan Ayash Affan kerana semakin tembam dan berisi.
Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia merupakan ipar kepada Allahyarham Siti Sarah dan merupakan ibu sususan kepada Ayash.
Sumber: TikTok N.Hidayah Abdullah