Famili

“Satu Perasaan Rindu Yang Teramat Sakit,” Perkongsian Bapa Tunggal Undang Sebak…

270
SHARES

Pemergian penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin merupakan satu berita sedih yang sukar ditelan kerana  sebelum ini mereka sering berkongsi momen-momen indah bersama keluarga di media sosial.

Kesedihan yang dialami oleh pelawak dan juga usahawan, Shuib itu telah membuka mata ramai orang untuk sentiasa merakam kenangan bersama insan tersayang.

Baca juga: “Aku Pernah Berada Di Tempat Shuib, Sakit Hanya Allah Tahu”

KEHILANGAN SRIKANDI DUNIA, DIJEMPUT ALLAH

Menjengah ke laman Facebook, seorang saudara dikenali sebagai Faid Noorazmi turut berkongsi bahawa beliau juga pernah merasai kehilangan isteri tercinta. Beliau terpanggil untuk berkongsi apa yang dirasakan sepanjang tiga tahun enam bulan kehilangan isteri tercinta, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.

Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.

Tambahnya lagi, kehidupan bahtera sebagai suami isteri hanya bertahan selama satu tahun satu bulan dan lebih menyedihkan anak kecil mereka baru berusia dua bulan.

PESANAN BUAT MEREKA YANG MASIH ADA & BAKAL ADA PASANGAN

Beliau juga berkongsi beberapa tips untuk sentiasa mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan dalam berumah tangga.

1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.

2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.

3. Perbaiki hubungan sekiranya retak di tengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.

4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.

5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian.

6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.

7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daripada kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi.

Sumber: Faid Noorazmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×