Famili

Ustaz Azhar Idrus Respon Isu Suami Dayus Benarkan Isteri Bersalin Dengan Doktor Lelaki

44
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang perkongsian Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang menyifatkan para suami dayus kerana membiarkan isteri bersalin dan disambut oleh doktor lelaki.

Video tersebut mendapat perhatian penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dan beliau menjelaskan hukum dalam bidang perubatan berubah mengikut keadaan.

Baca juga: [VIDEO]’Kamu Suami Dayus”- Pendakwah Kritik Sikap Biar Doktor Lelaki Tengok Kemaluan Isteri Semasa Bersalin

USTAZ AZHAR IDRUS RESPON ISU SUAMI DAYUS

Jelasnya, jika tiada doktor perempuan untuk membantu proses bersalin si isteri dan perlu dilakukan oleh doktor lelaki hukumnya tidak haram. Ini kerana ia melibatkan nyawa dua orang iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

“Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa‘.

“Haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri,” tegasnya.

Beliau turut berkata hanya golongan berkemampuan sahaja boleh bersalin di hospital swasta kerana kosnya agak tinggi dan mencecah hampir RM10,000.

Jadi, tiada istilah suami dayus jika membiarkan si isteri bersalin dengan doktor lelaki kerana itu sahaja yang mampu dan tidak menggunakan wang yang banyak.

VIDEO PENUH:

@ustazazharidrus

SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai

♬ Calm Humming – Nasheed

Sumber: TikTok Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×