UPACARA AKAD NIKAH SELANGOR DITANGGUH
Selaras dengan pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang diumumkan oleh Perdana Menteri, banyak sektor yang terpaksa menghentikan operasi bekerja. Bukan itu sahaja, tidak dilupakan buat pasangan pengantin yang sudah bersedia untuk bernikah dalam tempoh yang terdekat.
UPACARA AKAD NIKAH DI SELANGOR DITANGGUH
Keputusan untuk menangguhkan segala upacara akad nikah dalam apa jua bentuk dan cara adalah bermula dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021. Keputusan ini diambil selepas telah diperhalusi dari segala aspek untuk membendung wabak dan telah diperkenankan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor.
Bukan itu sahaja, susulan pengumuman PKP 3.0 kali ini, semua perkhidmatan Jabatan Agama Islam Selangor ditangguhkan bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh diemelkan ke [email protected]. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 0355143600 atau 0355143400 dan layari laman web www.jais.gov.my.
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor