Hebahan

#PKP: Majlis Akad Nikah Di Selangor Akan Dilaksanakan Secara Sidang Video -JAIS

51
SHARES

Selaras dengan pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang diumumkan oleh Perdana Menteri, banyak sektor yang terpaksa menghentikan operasi bekerja. Bukan itu sahaja, tidak dilupakan buat pasangan pengantin yang sudah bersedia untuk bernikah dalam tempoh yang terdekat.

Adakah majlis akad nikah secara bersemuka dibenarkan atau hanya perlu melalui sidang video sahaja? Ini penjelasan terbaharu dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai status pasangan yang bakal bernikah terutama di negeri Selangor.

AKAD NIKAH SECARA SIDANG VIDEO

Majlis akad nikah di Selangor akan dilaksanakan secara sidang video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu hingga 26 Januari depan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, proses itu hanya dilaksanakan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Masjid Pengurusan.

Menurutnya, pelaksanaan akad nikah secara sidang video akan dilakukan oleh Pendaftar yang akan berada di PAID, manakala pengantin, wali dan dua saksi berada di rumah.

PASTIKAN BUAT TEMUJANJI

Menurut laporan, Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akan menetapkan pelaksanaan majlis akan nikah berdasarkan temujanji yang telah diatur. Bukan itu sahaja, untuk makluman orang ramai perkhidmatan utama ditawarkan JAIS khususnya melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk hanya dijalankan secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.

Menurutnya, sebanyak 10 kaunter talian telefon dibuka di One Stop Centre di Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temujanji.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh diemelkan ke [email protected]. Hotline Penguatkuasaan pula dibuka bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 0355143600 atau 0355143400 sepanjang waktu pejabat dibuka (Isnin hingga Jumaat).

Untuk rekod, akad nikah di Selangor secara dalam talian diperkenalkan dalam tempoh PKP pada 20 April tahun lalu.

Kebenaran khas itu sebelum ini diberikan selepas semua majlis akad nikah dalam tempoh PKP ditangguhkan apabila lima jurunikah JAIS terpaksa dikuarantin kerana dikesan ada kontak dengan individu positif Covid-19 ketika bertugas (menikahkan pasangan pengantin).

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×