Dapur

Unik & Menyelerakan, Si Ayah Ini Kongsi 13 Menu Bekal Untuk Anak Ke Sekolah

4.8K
SHARES

Bila bermulanya musim persekolahan, bukan sahaja kelengkapan anak-anak dari segi pakaian dan alatan persekolahan yang perlu disiapkan malah bekalan makanan mereka juga perlu dijaga. Bukan sahaja bersih dan sihat, makanan bekal yang dimasak sendiri di rumah juga mampu menarik perhatian anak-anak supaya lebih berselera ketika menjamu selera di sekolah. Barulah dapat tenaga yang cukup untuk sambung belajar kan?

Apa yang menariknya, si ayah ini berkongsikan antara menu bekal yang dimasak sendiri untuk anak-anak bawa ke sekolah. Bukan sahaja menu yang pelbagai dan unik, dekorasi makanan juga tersusun dan nampak menyelerakan!

13 MENU BEKAL MENARIK UNTUK ANAK KE SEKOLAH

Disini saya kongsikan antara menu bekal anak ke sekolah sepanjang tahun 2018 yang pernah saya buat. Semoga memberi inspirasi untuk semua dalam menyediakan bekal anak kesekolah bagi tahun ni. 

1. Mee kicap, kailan oyster, tauhu telur

2. Fried Yee Mee, tauhu dan tempe

3. Mac & Cheese, custard bread, baby corn

4. Kerabu maggi, ceaser salad, burger salad

5. Nasi minyak ayam goreng

6. Nasi goreng ikan masin

7. Nasi lemak, ayam goreng

8. Nasi putih, kari ikan

9. Scramble egg, bun

10. Pasta garlic, ayam grill

11. Bihun pink kelate

12. Pad Thai

13. Nasi kari ayam

Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×