DIY & Kraf

Unik & Cantik! Boleh Cuba DIY Meja Makan Ketupat Kayu

17
SHARES

Biasanya kalau sebut ketupat pasti terfikir makanan sahaja kan? Sedap kalau makan dengan rendang ayam ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain ketupat makanan, ada juga ketupat meja. Pernah dengar tak?

Ketupat meja merupakan kesenian kayu dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya tangan seni dan power seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Airiel Ibnu Sufian. Dari A-Z buat sendiri sahaja tau! Ikuti penerangannya di bawah.

Baca juga: Tips Pemilihan ‘Decorative Bricks’, Baru Senang Nak DIY & Puas Hati!

UNIK & CANTIK! BOLEH CUBA DIY MEJA MAKAN KETUPAT KAYU

Post kalini abang nak share resepi ketupat kayu yang abang cipta sendiri dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.

1. Mula mula kau potong lah papan tu sama panjang semua. Macam yang abang buat ni, semua 7″. Lebar papan kena sama. Abang buat 3.5″ lebarnya. Walaupun panjang dan lebar sama, hati lain lain.

2. Then kau buang lah lebihan-lebihan tepi tu semacam mana kau buang semua kenangan. Ya. Termasuk surat yang penuh bedak dalam sampul surat border merah biru tu. Kalau tak faham, maksudnya kau lahir lambat sangat.

3. Mesti ada yang nak tanya, abang buang lebihan kayu tepi tu dengan apa? Dengan penuh kesabaran dik.

4. Kau nampak abang lembutkan bucu bucu kayu tu? Tu baru kayu. Belum cerita macam mana abang lembutkan hati Akak kau lagi.

5. Then kau buatlah kaki yang kukuh bagi menjamin kestabilan jangka masa panjang meja tu. Tak. Tak ada punchline dekat sini. Janganla berharap sangat.

6. Ukuran meja ni adalah 72″x30″x30″. Ukuran kerusi tu pulak 14″x15″x18″ +32″(backrest).

Meja ni pulak 30″x30″x30″.

Untuk finishing, Abang guna step: Gosok (grid 120-240)-sealer-gosok (grid 400)-Clear Lacquer.

Perabot kayu elok padankan dengan lampu oren. Hati yang sunyi elok padankn dengan si dia yang sudi.

*Wah, cantik kan?

Sumber: Facebook Airiel Ibnu Sufian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×