Famili

Udara Bersih & Berkualiti, Teknologi Panasonic Nanoe™X Terbukti Menghalang 99.99% Virus

151
SHARES

Dalam musim wabak COVID-19 yang semakin menular ini, kita dinasihatkan untuk duduk di rumah dan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sentiasa mengamalkan kebersihan.

Memahami situasi ini, Panasonic kini hadir dengan produk teknologi nanoe™X yang berpotensi menangani kemungkinan risiko jangkitan virus melalui pencemaran udara dan ia mampu mewujudkan persekitaran yang sihat untuk anda sekeluarga.

Berkesan menyingkirkan debu untuk udara lebih segar & persekitaran dalaman lebih bersih

Teknologi nanoe™X Panasonic adalah sistem penyucian udara revolusioner. 

Ia dapat menghilangkan bau, menghalang pertumbuhan bakteria dan virus serta berkesan menyingkiran debu bagi persekitaran yang lebih segar, ruang dalaman yang lebih bersih, untuk anda sekeluarga.

Menggunakan radikal hidroksil yang mampu menghalang novel koronavirus SARS-CoV-2

Memang betul pencegahan lebih baik daripada menyembuhkan. Malah, menjaga kesihatan bagi seseorang itu juga perlu bermula dari rumah. 

Dengan teknologi nanoe™X, ia menggunakan radikal hidroksil dan akan menjamin kekebalan anda bagi menindas aktiviti virus seperti novel koronavirus SARS-CoV-2 dan juga bakteria.

Berjaya menghalang 99.99% aktiviti SARS-CoV-2 dalam masa 2 jam

Bagi membuktikan keberkesanan produk ini, kain kasa yang tepu dengan larutan virus SARS-CoV-2 dan penjana nanoe™X yang digunakan dari jarak 15 sentimeter diletakkan dalam kotak 45 liter selama dua jam.

Setelah itu, hasilnya ternyata berjaya menyekat 99.99% aktiviti virus SARS-CoV-2 hanya dalam masa dua jam saja. 

Nikmati udara lebih sejuk, bersih & berkualiti di rumah anda sekarang!

Kecanggihan yang terdapat pada penyaman udara Panasonic mampu memberi pilihan kepada anda sekeluarga bagi memastikan kediaman adalah satu tempat yang selamat dan mempunyai udara yang lebih sejuk, bersih dan berkualiti. 

Dilengkapi dengan nanoe™X, ia juga mampu memberikan perlindungan udara 24 jam dan mendapat manfaat daripada kesihatan mental dan fizikal bagi  kehidupan yang lebih baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan produk dengan teknologi nanoe™X, anda boleh layari laman web Panasonic sekarang ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×