40 Minggu

Alami Pendarahan Faraj, Doktor Kongsi Wanita Ini Guna Buluh Runcing Untuk Gugurkan Kandungan!

52
SHARES

Zuriat adalah anugerah yang paling indah di dalam hidup bagi pasangan yang sudah berkahwin. Bila sudah diberitahu bahawa anda hamil, menjadi tanggungjawab pasangan suami isteri untuk menjada kandungan tersebut sehingga selamat dilahirkan. Namun, jauh dari apa yang kita ketahui bahawa ramai dalam kalangan kita yang juga mencuba untuk menggugurkan kandungan atas sebab-sebab yang tertentu.

Begitu juga dengan perkongsian dari Dr. Muhammad Izzat dimana beliau mendapat kes dimana wanita ini mengalami pendarahan faraj yang begitu banyak. Apa yang mengejutkan lagi adalah, punca yang menyebabkan pendarahan faraj ini adalah kerana menjalani proses pengguguran bayi di luar dari konsultasi pakar. Seram!

PESAKIT ALAMI PENDARAHAN FARAJ SEMALAMAN!

“Hello. Assalamualaikum Dr Izzat, gynae oncall harinikan?”

“Waalaikumussalam. Ya saya. Sapa di sana?”

“Saya Dr Ain dari Zon Merah ( Jabatan Kecemasan ). Nak refer satu kes. Maaf ganggu boss time time gini”

“Ok teruskan. Kes ape tu Ain?”

“35 tahun, katanya period banyak since semalam. Masa datang tu nampak pucat dan tak bermaya. Bila check BP lowish, tachycardic ( tekanan darah rendah dan nadi laju ). Kain dia pakai tu basah separuh. Dia ada bawak gak kain dari rumah. Kain tu penuh darah”

“UPT dah buat?”

“Baru hantar lab boss. Nnti saya trace urgent”

“Ok jap saya datang review”

Setelah review dan history taking, memang pesakit ni hilang banyak darah. Tu yang tekanan darahnya jatuh menjunam dengan nadi laju ( hypovolemic shock). Rutin saya, bila pesakit datang dengan pendarahan dari faraj sebegini memang akan buat pemeriksaan speculum ( yang macam muncung itik tu).

Walaupun pesakit cakap hanya period saya akan periksa juga. Yela kan, mana tahu ada sebab-sebab lain yang sebabkan pendarahan banyak. Sikit atau banyak – memang satu kemestian untuk buat. Speculum dimasukkan. Darah-darah beku yang menganggu view dibersihkan guna sponge forceps. Cari punya cari, finally boleh nampak pangkal rahim (cervix) dengan jelas. Alhamdulilah.

CERVIX SEAKAN-AKAN DITOREH BENDA TAJAM

Yang menjadi tanda tanya, cervix nye seakan-akan ditoreh dengan benda tajam, ada benda selaput putih seakan-akan kulit ayam menjulur keluar dari cervix (serpihan janin) . Saya pun bersihkan area cervix tu sekali lagi, untuk dapatkan lebih gambaran jelas pada cervix. Lap punya lap, cervix terasa kasar, seolah-olah bergerutu. Gauze yg digunakan utk pembersihan tu diteliti, rupanya ada pasir melekat pada cervix.

“Pasir ??”

“Sofia (bukan nama sebenar), kenapa ada pasir kat bawah ni? Awak buat apa sebenarnya. Berterus terang dengan saya. Kalau awak terus biarkan saya berteka teki jam 3 pagi ni, nyawa awak dalam bahaya”

Maka pesakit (sofia) pun memulakan ceritanya. Kehamilan ke 5 ni tidak dijangka kehadirannya, tidak mengamalkan perancangan keluarga sebelum ini. Anak no 4 baru berumur setahun. Atas kesempitan hidup dan kewangan, beliau bertindak untuk menggugurkan kehamilan. Beliau mengambil keputusan untuk berjumpa bidan Mak Esah.

“Dia gunakan buluh runcing katanya boleh pecahkan kantung bayi tu dan janin boleh keluar. Memula pendarahan sikit je Doktor. Lama kelamaan dah terlampau banyak sampai dia taktau nak buat apa. Disuruhnya saya pegi ke hospital” Mata yang kuyu pada jam 3 pagi terus menjadi buntang. Rasa mengantuk terus hilang. Ada sebab kenapa saya bebel kat wad hari-hari untuk mak-mak ni amalkan perancangan keluarga (family planning) selepas bersalin

TAK NGILU KE?

Sudah semestinya, perkongsian ini mendapat reaksi pelbagai dari warganet yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut. Memasukkan benda tajam di dalam faraj, tak sakit ke?

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×