Asuh

15 Barangan Wajib Ada Dalam ‘Medical Kit’ Anak

2.8K
SHARES

Medical kit atau barangan keperluan kesihatan anak-anak merupakan kelengkapan  penting yang perlu ada dan dibawa kemana sahaja. Pentingnya medical kit ini adalah supaya kita sentiasa ‘standby’ jika berlaku situasi yang tidak diingini dan dapat melakukan pencegahan awal. Jadi, dengan adanya perkongsian barangan medical kit dari ibu ini, dapat memberikan anda idea dan informasi lengkap mengenai ubat-ubatan untuk anak.

Medical Kit Anak

Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas . Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni. Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi2 kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita memang kena usung bawa pergi mana-mana dan barang-barang pun kalau boleh cuba untuk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut.

Kalau boleh sediakan satu bekas khas utk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani. Jangan lupa label ya. So, post ni panjang berjela. Boleh tengok ya apa item yang hani masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ni. Kalau ada idea nak tambah apa-apa boleh lah kongsi juga ya.

1. Thermometer

Paling penting ! Termometer. Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam2 termometer hani cuba dan ini tips hani utk pilih termometer.

-untuk anak kecil, jangan pilih termometer yg kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak bercinta lah nak dpt kerjasama dia utk ukur suhu bawah lidah dan ketiak dia lelama

-sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu

-sekurangnya yang sukat suhu kat dahi atau dalam / belakang telinga tu. Memadai

-beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa

-beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya) – yang hani guna skrg takda feature tu tapi dah terbeli guna jelah hehe

-kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sblm ni – terbaik)

2. Nasal spray

Ni senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sbb hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga haha. Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.

3. Paracetemol syrup

Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil. Sebab dia sejarah sawan semasa demam, bila dia demam hani jadi extra extra cautious. Wajib ada. Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sbg back up secpt mungkin.

Kebanyakan ubat syrup kat farmasi skrg dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dlm kit. Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)

4. Syringe

Untuk beri anak makan ubat. Tiga2 volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml)

Update: Kat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya. Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada mcm screw lock kat muncungnya mcm yg lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya (Gambar kat komen). Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.

5. Nappy cream

Walaupun mcm2 jenama, hani rasa ini yang terbaik guna sejak dia baby (masa tu dpt free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain. Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.

6. Antibacterial powder

Kalau dia gatal-gatal  miang kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.

7. Botol spray

Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia , ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sbb dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga.

8. Nasal aspirator

Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih utk sedut hingus dia. Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet hehe) sbb mulut kita org dewasa ada mcm2 bakteria so its unhealthy and unhygienic.

Cara nak guna:

Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.

9. Calamine lotion

Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi2 masa dia kena ruam panas dulu.

10. Aloe vera gel

Yang ni , magical! Haha selepas magic span, ni benda kedua yg hani rasa magic haha. Sbb banyak kegunaan dia.

-paling hani suka kegunaan dia ialah bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat. Sekejap je suhu dia dari 37.9 jadi 37.1 dan turun lagi. Hani ada dua saiz kat rumah. Yg besar dan kecil ni (khas utk travel)

-kalau masak2 pastu tangan terkena kuali atau periuk panas , cepat2 hani sapu benda alah ni terus tak sakit sejuk je rasa.

-kalau kulit tangan kering pun hani guna ni nak lembapkan sikit kulit tangan. Banyak lah lagi.

Hani rasa setiap rumah wajib ada aloe vera gel ni. Hehe utk kecantikan pn hani guna. Seminggu sekali hani buat mask aloe vera guna gel ni. Best.

11. Paracetemol suppositories

Penyelamat! Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg).

12. Mosquito repellent patch

Benda wajib ada lagi2 kalau bercuti di resort2, bercamping dan kalau balik kampung. Ini sejenis pelekat yg kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yg boleh repel nyamuk. Berkesan bagi Aqil, utk org dewasa pn boleh letak kat baju dia.

13. Kool fever

Selalu hani guna kalau keluar atau on the way nak ke klinik. Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher. Cool down area situ supaya dia lega sikit (ini ada orang bagi petua kat hani kalau anak tonsilitis).

Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga utk cepatkan turun suhu. Hani try juga, ok juga. So kalau dia demam, sekali dua hani letak, kat dahi dan atas tulang punggung. Hani kalau Aqil demam mmg over sikit paranoid dia hahaha. Risau sejarah mungkin berulang pnya pasal.

14. Aloclair spray untuk ulser

Hani mula mula dapat tahu kewujudan ni masa Aqil kena hfmd dulu. Ada yang suggest guna ni dan hani rasa berterima kasih siapa yang suggest ni hehe sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani haha so ni pengganti gel glycerin utk legakan ulser dalam mulut.

15. Iv kids

Hani guna ni sejak dua tahun lepas bila hani dok cari minyak angin sesuai dan tak panas sngt untuk kembung perut Aqil. Tapi sbnrnya hani guna ni utk mcm2 haha utk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit. Saiz dia yg baru ni comel lagi mudahkan nak bawak ke mana dan muat dlm bekas kit aqil ni.

MASUKKAN SEMUA DALAM INI!

Setiap kali pergi berjalan wajib bawa.

Sumber : Hani Mynis (boleh dapatkan senarai barangan penuh di sini)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×