Dapur

Ubahsuai Cara Buat Sushi Ikut ‘Tekak Melayu’ Dengan Mudah!

581
SHARES

Sushi merupakan antara makanan Jepun yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Namun, terdapat juga dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang teringin nak makan sushi tapi tidak kena dengan selera dan ‘tekak melayu’. Hal ini kerana nasi yang digunakan untuk membuat sushi ini agak manis. Jadi, inilah caranya untuk anda buat sushi ikut selera tekak anda dan boleh dijadikan bekal anak ke sekolah!

Resepi sushi versi melayu

Terasa nak makan sushi tapi tekak melayu tak boleh nak terima rasa masam manis nasi sushi tu..so jadi la sushi versi tekak melayu..gula dan cuka tu saya gantikan dengan kiub ayam.

1. Beras suahi atau beras biasa – saya guna beras biasa je..masak lebihkan air biar lmbik sikit tak nak beras guna rice cooker.

2. Masa nak masak nasi tu saya terus masukkan kiub ayam. Kalau ikutkan resepi asal gaulkan nasi yang dah masak tadi dengan garam, gula dan 2 sudu besar cuka makan.

Bahan-Bahan

-Telur dadar dipotong memanjang

-Crab stick dicelup terlebih dahulu – sy x letak..

-Sosej dicelup dahulu

-Tuna

-Lobak dipotong memanjang dan dicelur sekejap

-Timun dipotong memanjang

-Seaweed

-Plastik (untuk menggulung)

Caranya

-Alas plastik atas papan pemotong

-Letak seaweed

-Letak nasi dan nipiskan

-Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yg disediakan… gulung kemas…. siap nanti potong dan boleh dimakan dengan sos , kicap lada.

Sumber: Caca Yunus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×