Kewangan

Transaksi Mudah Tanpa Tunai? Ini 6 Faedah Bila Rakyat Malaysia Bergerak Seiring Teknologi!

1.7K
SHARES

Sistem digital merupakan perkara penting bagi rakyat Malaysia untuk bergerak seiring dengan teknologi dan peredaran masa. Salah satunya adalah dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai atau cek yang kini semakin popular.

Pembayaran tanpa tunai atau cek menjadi amalan masyarakat di negara maju dan apabila Malaysia bergerak ke arah itu, ia amat memudahkan anda sebagai pembeli dan peniaga. Nak tahu sama ada kaedah pembayaran tanpa tunai baik untuk anda atau tak? Jom kita tengok dulu apa faedahnya. 

1. Dapat menjimatkan masa

Bila anda membeli barang di kedai atau pasar raya, kalau boleh semua nak cepat bukan? Bukan apa, banyak lagi perkara yang anda boleh buat jika masa tak dibazirkan untuk beratur bagi membuat pembayaran di kaunter. Silap-silap, mood pun boleh hilang hanya kerana dengan beratur dalam masa yang lama.

Dengan membuat pembayaran tanpa tunai menggunakan Perbankan Internet atau aplikasi perbankan mudah alih, anda boleh membuat pembayaran di mana-mana saja dan sememangnya dapat menjimatkan masa tanpa perlu mengeluarkan duit dari bank anda terlebih dahulu.

2. Dapat membuat pembayaran atau pembelian secara online dengan selamat

Bukan itu sahaja, anda juga dapat membuat pembayaran tanpa tunai untuk pembelian dalam talian  dengan selamat. Pembayaran dalam talian seperti transaksi melalui FPX adalah selamat kerana ia menggunakan rangkaian bank dan transaksi adalah secara real-time.

Malahan, pembayaran boleh dibuat dari mana-mana bank yang anda gunakan, menjadikan urusan membeli lebih mudah. 

3. Tidak perlu sediakan duit kecil

Anda mesti pernah mengalami pengalaman sukar bila pergi ke kedai dan ketika hendak membuat pembayaran di kaunter tapi cashier pula tiada duit kecil. Tak pasal-pasal peniaga atau anda sendiri perlu menukar atau mendapatkan duit kecil dari orang lain. Leceh kan?

Bukan semua boleh menyediakan duit secukupnya, ada yang ambil masa untuk seluk poket sana sini mencari syiling atau dengan membuat penukaran dan menyediakan wang kecil serta syiling di kedai. Guna saja kad ATM anda untuk buat bayaran barang yang dibeli melalui MyDebit yang sangat mudah digunakan.

4. Mudah untuk mengawal bajet bulanan

Nak tau tak apa lagi penyebab transaksi tanpa tunai ini menjadi mudah? Ini kerana maklumat pembelian dan harga semua telah pun direkod dalam sistem perbankan anda. Ini tidak akan menimbulkan sebarang isu terlupa barangan yang dibeli dan dibayar.

Ia juga memudahkan anda untuk kenal pasti wang keluar masuk dan mempunyai rekod transaksi yang boleh dirujuk untuk memastikan baki akaun anda adalah betul dan tepat. Paling penting, anda dapat mengawal bajet bulanan.

5. Lebih senang bayar bil

Bayaran bil menjadi lebih mudah bila anda tidak perlu membayar secara fizikal. Semuanya hanya di hujung jari dengan perbankan internet dan mudah alih. Kemudahan pembayaran bil tersedia seperti pembayaran melalui JomPAY adalah lebih cepat dan boleh dilakukan di mana-mana saja.

Lebih menarik, anda boleh tetapkan biller anda sebagai favourite untuk pembayaran bil yang lebih cepat hanya dengan beberapa klik saja. Jadi, tiada lagi alasan bayar bil lewat.

6. Tak perlu pening kepala, boleh buat bayaran berkala secara automatik

Kesibukan bekerja dan hal-hal harian kadang-kadang membuat kita terlupa untuk buat pembayaran bil-bil penting seperti insuran dan lain-lain. Jadi dengan pembayaran tanpa tunai berkala secara automatik melalui DirectDebit boleh dilakukan jika anda mudah terlupa.

Pembayaran berkala secara automatik ini memerlukan kebenaran anda sekali sahaja dan terus didebitkan dari akaun bank anda untuk bil bulanan yang seterusnya. Lebih mudah bukan?

Kini anda boleh lakukan transaksi tanpa tunai di agensi-agensi kerajaan!

Berita baik untuk anda, kini terdapat 14 buah agensi kerajaan yang menerima transaksi tanpa tunai atau cek menggunakan kad ATM MyDebit di kaunter atau melalui Perbankan Internet menggunakan JomPAY, FPX atau DirectDebit dari mana-mana bank di Malaysia yang terlibat.

Antara jenis-jenis transaksi yang disediakan adalah:

JomPAY: JomPAY adalah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membayar sebarang bil melalui internet atau perbankan mudah alih menggunakan wang dari akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit

MyDebit: Perkhidmatan pembayaran menggunakan kad ATM yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran atau pembelian dengan selamat dengan memasukkan nombor PIN atau kaedah tanpa sentuhan (wave) pada peruncit Terminal Point-of-Sale (POS) menggunakan wang yang didebitkan dari akaun bank pelanggan.

FPX: Perkhidmatan penyelesaian pembayaran dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian mereka dalam talian melalui perbankan internet atau mudah alih kepada pedagang yang mengambil bahagian menggunakan wang dari akaun semasa, simpanan atau kad kredit.

DirectDebit: Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil berkala secara automatik terus dari akaun bank dengan kebenaran pelanggan.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terpilih pula adalah seperti di bawah:

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
10. Kehakiman (Mahkamah)
11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
13. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
14. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Lebih menarik, anda juga berpeluang memenangi hadiah bulanan yang hebat!

Untuk pengetahuan anda, bermula 1 November 2020 sehingga 30 April 2021, anda boleh sertai peraduan Cashless Boleh di mana anda layak untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik apabila melakukan pembayaran tanpa tunai di agensi kerajaan dengan JomPAY, FPX, MyDebit atau DirectDebit.

Antara hadiahnya ialah:

  1. Pertama – 1 x Proton X70 
  2. Kedua – 1 x Perodua Myvi 1.3
  3. Ketiga – 1 x Yamaha Y15ZR
  4. Keempat – 5 x Telefon pintar

Memang bukan biasa-biasa hadiah bulanan yang ditawarkan ni kan? Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana Proton X70 mungkin bakal jadi milik anda!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PayNet sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×