Kini Trending

Tonton Original Bawakan Filem Khas ‘Irama Kita’ Penuh Gelak Tawa, Siap Ada Aiman Tino!

tonton original

Tonton Original dengan khas membawakan anda sebuah filem berjudul Irama Kita arahan Izuan Mokhtar terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd yang dipenuhi dengan drama remaja dan gelak ketawa!

Barisan pelakon mantap dari Aiman Tino, Kahoe Hon, Arena Wan, Fara Nadiah, dan Ahmad Adly selaku teraju utama dalam filem ini pasti akan memantapkan jalan cerita.

TONTON ORIGINAL BAWAKAN FILEM KHAS ‘IRAMA KITA’, LAKONAN MANTAP

tonton original

Irama Kita mengisahkan empat sekawan Izi (Farah Nadiah), Kef (Aiman Tino), Syafiq (Ahmad Adly), dan Alvin (Kahoe Hon) yang sangat sukakan muzik tetapi terpaksa melalui pelbagai dugaan dan rintangan untuk menjadikan muzik sebagai profession utama. Walaupun cita-cita mereka belum tentu kesampaian, mereka tetap berani menaruh impian untuk mencipta sebuah kumpulan band bernama ‘The Dreamers’.

Buat pengetahuan semua, Tonton Original adalah platform eksklusif bagi program original Tonton yang tidak dapat anda temui di rancangan televisyen lain. Filem, drama, rancangan hiburan, dan banyak lagi semuanya dirancang khusus untuk pelanggan Tonton. Tonton Original menghasilkan kandungan yang dihasilkan sendiri oleh Tonton dan memiliki hak pengeluaran dan pengedaran.

tonton original

Untuk mendapatkan info terkini tentang filem kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy dan gunakan #IramaKita untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial. Layari laman web www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk menonton Irama Kita.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×