40 Minggu

Tips Untuk Ibu Hamil Minum Air Gula Dengan Cemerlang, Confirm Tak Muntah!

42
SHARES

Bagi sesetengah ibu mengandung, prosedur ujian minum air gula atau MGTT adalah antara yang paling ‘digeruni’. Aduhai, rasa tak larat nak menghadap air gula yang tersangatlah manis. Ada yang minum separuh jalan dan separuhnya dibuang, ada pula yang termuntah tapi mengelat tak beritahu nurse sebab takut kena ulang semula ujian air gula ni.

Oleh itu, ini merupakan tips buat mak-mak di luar sana untuk minum air gula dengan cemerlang!

MAK MAK DAH SAMPAI MASA KENA MINUM AIR GULA?

Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. Maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian.

1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.

3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.

4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun.

5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. (Saya pernah rasa larutan gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa – takde ler horror mana pun )

6. Setelah habiskan segelas air tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Duduk rehat sahaja, jangan makan lagi time ni, sabar.

7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.

8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay!

Tips minum air gula supaya tidak termuntah

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.

2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.

3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.

5. Minum semasa ia masih suam sebabnya pada ketika ini airnya masih tidak terlalu likat.

Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa menjalani proses ni. Korang share sini agar ramai boleh memanfaatkannya. Alaa chill lah, minum boba tea yg manis tu pun korang selamba jeee hirup, takkan yg ni pun tak boleh kan?

Selamat mencuba!

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×