Teknologi

10 Perkara Yang Orang Jepun Buat Tiada Di Malaysia Tetapi Sebenarnya Sangat Hebat!

460
SHARES

Setiap kali sebut negara Jepun, pasti ramai dalam kalangan kita yang membayangkan teknologi negara tersebut yang berada di tahap yang berbeza berbanding negara lain. Apa yang pasti, setiap teknologi yang ada di negara tersebut mungkin agak luar dari otak fikiran kita tapi sebenarnya semuanya sangat hebat! Jadi, ini antara 10 perkara yang orang Jepun buat yang sebenarnya ‘rare’ di negara kita.

10 BENDA HEBAT ORANG JEPUN BUAT

1. Heater dipasangkan di setiap taman permainan untuk ibu bapa panaskan badan

Sesuai dengan musim di negara Jepun, mereka turut menyediakan pemanas badan sehingga ke taman permainan kanak-kanak. Hal ini supaya ibu bapa akan berasa selesa apabila menunggu anak-anak yang sedang bermain sambil memanaskan badan.

2. Line beratur yang diukur khas

Sudah semestinya apabila sebut sahaja negara Jepun, aturan yang sistematik akan menjadi teras utama. Begitu juga dengan laluan beratur untuk masuk ke dalam train atau kereta. Ini bermakna anda tidak perlu tergesa-gesa dan tolak-menolak antara satu sama lain.

3. Lampu isyarat hologram

4. Ada mesin layan diri untuk semua benda termasuk sayur dan buah

Buat anda yang pernah bercuti ke negara matahari terbit ini, pastinya terpukau dengan kepelbagaian mesin layan diri yang menjual macam-macam benda. Bukan sahaja air dan makanan, malah buah-buahan dan sayur-sayurang juga boleh dikatakan dijual menggunakan mesin layan diri ini!

5. Motosikal untuk bawa 2 orang anak

Memang pelik kalau nampak motosikal yang boleh bawa dua orang anak di negara kita, tetapi tidak di negara Jepun. Mereka mempunyai motosikal khas yang dapat membawa dua orang anak dan dilengkapi dengan kerusi yang selamat dan selesa.

6. Plastic bag khas untuk barang yang luar biasa

Setiap kali berkunjung ke pasaraya, mesti ada sahaja barang yang dibeli tidak sesuai diletakkan dalam beg plastik yang sedia ada. Mana tidaknya, kadang-kadang beg plastik tersebut terlampau kecil atau besar. Jadi, di Jepun mereka turut ada beg plastik khas untuk bawa barang yang pelik-pelik.

7. Restoran Jepun menyediakan bakul khas untuk letak barang peribadi

Tak ada tempat nak letak handbag bila berkunjung ke restoran? Tidak lagi di restoran Jepun dimana mereka akan menyediakan bakul khas yang akan diletakkan di sebelah meja anda untuk meletakkan barang peribadi seperti handbag.

8. Boleh tidur dalam pengangkutan awam dengan barangan peribadi terdedah kerana selamat

Memang dikenali di negara Jepun atau Korea dimana anda boleh membiarkan barang peribadi anda terdedah di tempat awam tanpa perlu risau. Sampaikan ada yang tidur di dalam train pun membiarkan sahaja telefon bimbit di bawah.

9. Garisan warna hijau melambangkan laluan ke sekolah

Jepun juga mempunyai tahap persediaan keselamatan yang memang efisien. Di sana, laluan yang yang mempunyai garisan hijau melambangkan laluan tersebut adalah ‘zone ke sekolah’.

10. Murid sekolah boleh tinggalkan beg begitu sahaja di stesyen train

Sudah menjadi kebiasaan juga di Jepun dimana bukan sahaja orang yang bekerja, malah pelajar sekolah juga menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti keretapi laju. Jadi, mereka boleh sahaja meninggalkan beg sekolah mereka di ruang menunggu tanpa perlu risau akan dicuri ataupun tidak.

Sumber : GreenLemon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×