40 Minggu

Kenapa Susu Warna Kuning Pekat? Ketahui Apa Itu ‘Susu Kolustrum’ & Banyak Khasiatnya!

2
SHARES

Bagi anda yang pertama kali mendengar istilah susu kolostrum, ia adalah susu ibu yang terawal dihasilkan bermula pada pertengahan kehamilan, iaitu antara minggu ke-12 hingga ke-18 dan beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan. Mungkin ada dalam kalangan ibu yang tidak tahu dan risau dengan warna susu yang pekat dan kekuningan ini bukan?

Jadi, ini adalah penjelasan dari pakar dan sebenarnya susu kolustrum ini mempunyai khasiat yang tinggi!

CAIRAN PEKAT KUNING IBU HAMIL, APA ITU?

Tahukah ibu bahawa cairan pekat berwarna kekuningan, melekit seperti rajah di bawah ini dikenali sebagai kolustrum? Kolustrum hanya di hasilkan oleh ibu yang hamil sahaja. Ini bermaksud bahawa ibu yang melakukan proses cetusan susu ibu (penyususuan anak angkat) tidak menghasilkan kolustrum. Susu yang mereka hasilkan adalah susu matang.

Maka bersyukurlah ibu yang hamil dan melahirkan kerana menghasilkan kolustrum. Nilai nutrisinya tiada tolok banding. Kolustrum kerap di katakan susu basi. Entah kenapa ia kerap dikatakan susu basi. Disuruh buang dahulu dan sebagainya. Pernah baru-baru ini, ada ibu yang menelefon saya menangis-nangis minta tips bagaimana nak dapat susu yang berwarna putih. Katanya selagi tak putih, selagi itulah beliau belum ada susu.

Kolustrum ini memiliki khasiat yang tidak terperi.Ia hanya hadir sejurus selepas kelahiran dan kekal sehingga 3 – 5 hari sahaja. Selain dari antibodi yang tinggi, ia juga memiliki laxative ringan untuk menggalakan si bayi kerap berak untuk menurunkan bacaan bilirubin ( jaundice) pada anak.

Malangnya kerap dikata oleh ibu ia tidak cukup kerana apabila ditekan payudaranya, susu tidak keluar. Maka menurut ibu, untuk segera turun bacaan jaundice anaknya, perlu segera memberikan susu rumusan. Guli di rajah ini adalah anggaran ukuran saiz perut bayi yang baru lahir. Iya, bayi yang baru lahir perutnya dianggarkan sebesar guli atau buah cerry. Ia boleh menampung kolustrum sebanyak kira-kira 5-7cc kolustrum sahaja dalam satu-satu masa.

Sedikit sahaja ibu!

KENAPA ADA KOLUSTRUM SIKIT DAN BANYAK?

Ukuran perut bayi yang kecil = cukup dengan kolustrum yang di ada di kedua-dua payudara ibu. Namun perlu ibu ingat bahawa, apabila perut (tangki) bayi ini kecil, maka tidak masuk dek akal sekiranya mereka boleh bertahan kenyang sebegitu lama bukan. Tambahan pula susu ibu sangat mudah dihadam. Maka adalah normal kekerapan bayi menyusu itu boleh jadi sekerap 1jam atau malah 45 minit sekali apabila datang fasa growth spurt nya itu.

Kolustrum sedikit = perut bayi yang kecil = penyusuan yang kerap = bengkak susu dapat di kurangkan = lebih banyak demand = lebih banyak susu yang di hasilkan = minum susu semakin banyak = semakin kerap berak = semakin turun bacaan jaundicenya = semakin kecut rahim ibu = semakin segera pendarahan paska kelahiran berhenti = PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN LATCHING YANG BETUL!

Fuh, habis ringkas dah ini. Namun saya tahu akan ada ibu komen :

1. Tapi kenapa bayi saya bila letaknya nangis. Bila letak di payudara hisap dan tidur..

2. Tapi kenapa bayi saya apabila di top up dengan susu rumusan terus tidur nyenyak sampai 3 jam.

3. Tapi kenapa bayi saya tak naik berat.

Dan banyak lagi lah “tapi” nya. Perlu di ingatkan bahawa:

– Perlekapan perlu betul! Ini KING!

– Belajar tentang perilaku bayi. Boleh baca di link di bawah. Walaupu sudah ke 1.5 juta kali saya tulis, tetap akan saya ulang.

– Perhatikan tanda- tanda bayj cukup susu. Apa tanda bayi cukup susu ? Ada sesiapa nak tahu tentang tanda bayi cukup susu komen “NAK”. Kalau sudah tahu, maka tak perlu saya ulas lagi. Ada lagi yang tak faham tentang kolustrum dan kuantitinya yang sedikit itu? Nota kaki: Picagari berisi 5cc (kira-kira keperluan bayi yang baru lahir)

5 cc itu apabila dipindahkan ke dalam bekas dadih (2oz) seperti di bawah akan kelihatan sedikit. Oleh sebab ibu, sila pilih bekas lagi kecil. Nampak lebih banyak. Guli / ceri adalah simbolik kepada saiz perut bayi yang belum lahir.

Sumber: Dr Nurhaya Yacob

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×