Dapur

Tips Simpan Tauhu Tahan Lama. Lepas Seminggu Pun Masih Elok

33
SHARES
Tips simpan tauhu tahan lama

Mesti ramai antara kita yang suka makan tauhu kan?

Sedap bila buat masak dengan sayur, sup, mee goreng, dan kalau dapat buat tauhu sumbat pun best.

Tapi kalau perasan, tauhu ni kalau dah beli tak boleh nak simpan lama.

Kalau kita terlupa nak masak, 2-3 hari pun boleh rosak dan berkulat.

Jadi apa kata kita cuba tips simpan tauhu tahan lama oleh Teratak Hijab Labuh ni. Lebih seminggu pun masih elok tau!

Tips Simpan Tauhu Tahan Lama. Lepas Seminggu Pun Masih Elok!

Mak saya ajar jika nak tauhu dapat disimpan dengan lebih lama, boleh ikut petua ni.

1. Rebus

Mula-mula kita rebus dulu tauhu tu.

Tips simpan tauhu tahan lama

2. Biarkan Sejuk

Bila dah siap rebus, angkat / toskan biarkan sejuk dulu.

Tips simpan tauhu tahan lama

3. Simpan Dalam Peti Sejuk

Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Tak perlu rendam dalam air pun.

Bila buat macam ni, tauhu boleh tahan sampai seminggu lebih dalam peti sejuk.

Tips simpan tauhu tahan lama

Mudah kan?

Bukan apa, saya ni selalu je terlupa nak masak tauhu awal-awal.

Bila nak masak, tengok-tengok je dah busuk.

Jadi lepas ni bolehlah kita cuba petua simpan tauhu tahan lama ni. Mungkin ramai lagi yang belum tahu dan mengalami masalah yang sama dengan saya.

Insha Allah dengan cara ini, dapatlah elak daripada membazir.

Baca juga : Petua Simpan Sayur Tahan Lama. Lepas Seminggu Tetap Segar Macam Baru Beli

Caranya pun mudah kan. Semua orang boleh praktikkan di rumah.

Selamat mencuba.

*Tips simpan tauhu tahan lama ini dikongsikan melalui Facebook Teratak Hijab Labuh. Ia telah disubting dan diterbitkan dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan tips ini, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top