Penggunaan santan dalam masakan sudah tidak asing lagi. Tidak kira masakan Melayu, India atau Cina, penggunaan santan dapat menambahkan rasa ‘lemak’ dalam masakan tersebut seperti kari. Namun, kalau kita lihat di pasaran ada santan yang dijual dalam bentuk kotak, bungkusan dan juga dalam bentuk serbuk. Adakah cara penggunaannya dan cara penyimpanannya sama? Ini beberapa tips yang anda boleh cuba.
Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Sedap Macam Makcik Tepi Jalan, Nasi Lembut!
12 TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK.
Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.
1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga-tiga sedap.
2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.
3. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sebab lebih cair.
4. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagiann tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.
5. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.
6. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dengan air suam.
7. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma santan. Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.
8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak habis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok-elok ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.
10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik-kecik. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai abis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.
11. Santan beku, nak check cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan ygan pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.
12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat-cepat buat gulai ayam hantar kat saya.
Setakat ni dulu perkongsian saya. Baca juga caption kat gambar ye. Kalau sapa-sapa nak bagi tips tambahan silakan nanti saya edit.
*Disclaimer : Post ni bukan bertujuan nak mengajar otai-otai, chef-chef dan tukang-tukang masak yang mahir ye.. Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je.. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja.
Sumber: Ummi Syuhada