Cantik

Cara Cuci Tudung Paling Elok & Tak Rosak, Boleh Guna Mesin Basuh Tapi…

16
SHARES
tips penjagaan tudung

Buat semua wanita yang berhijab, penjagaan tudung supaya kelihatan bersih dan baharu sangat penting dalam memastikan penampilan setiap hari terjaga. Sudah tentunya tips penjagaan tudung yang betul perlu dipraktikkan supaya tudung yang lama pun masih kelihatan baharu. Macam mana nak buat?

Ada beberapa tips penjagaan tudung yang dikongsikan dan WAJIB untuk anda yang berhijab buat. Tak guna kalau beli tudung harga mahal-mahal tapi tidak jaga kualitinya bukan?

Baca juga: Lepas 20 Tahun Baru Tahu Rupanya Ada Fungsi RAHSIA Periuk Nasi, Mudahkan Kerja!

TIPS PENJAGAAN TUDUNG SUPAYA TAK ROSAK BILA BASUH

tips penjagaan tudung

1.Guna jaring pakaian

Penggunaan beg jaring semasa membasuh pakaian terutama sekali tudung sangat membantu untuk menjaga kualiti kain tersebut. Hal ini kerana, kain tudung yang berada di dalam beg jaring tidak akan bercampur dengan pakaian lain kalau dibasuh di dobi. Barulah batu-batu manik dan benang tudung tidak hilang dan bersimpul dengan pakaian lain.

2.Jangan sental, rendam

Sangat disarankan untuk anda merendam sahaja tudung dan tidak disental. Tudung direndam supaya solekan yang terlekat di bahagian pipi tudung dapat dihilangkan terlebih dahulu. Lagipun, tudung tersebut tidaklah terlampau kotor sehingga perlu disental. Rendam dalam air yang diletakkan pelembut fabrik selama 10-15 minit.

3.Elak terkena sinaran matahari

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tudung yang dibasuh tidak perlu dijemur di bawah cahaya matahari terik. Cahaya matahari ini akan menyebabkan warna tudung menjadi pudar dan kusam walaupun hanya sekali sahaja pernah dijemur bawah cahaya matahri terik.

4.Jenis pencuci

Kalau anda suka gunakan pelembut atau pewangi fabrik baik berhati-hati dengan kuantiti yang dimasukkan dalam air rendaman. Hal ini kerana, jika terlalu banyak pencuci yang diletakkan boleh menyebabkan fabrik tudung jadi terlalu lembik dan susah dibentuk. Selain itu, pastikan serbuk pencuci yang digunakan biar larut dahulu di dalam air supaya tidak bertompok putih pula tudung nanti.

5.Boleh guna mesin basuh tapi…

Memang faham bahawa ada masanya kita malas untuk mencuci tudung ini secara berasingan dan memilih jalan mudah untuk terus basuh menggunakan mesin basuh sahaja. Perlu diingatkan bahawa fabrik tudung bersifat lembut jadi jangan basuh tudung yang terlampau kotor seperti mempunyai kesan make-up yang tebal serta sambal menggunakan mesin basuh kerana tidak akan hilang. Gunakan mode ‘quick’ atau ‘soft’ sahaja pada mesin basuh tersebut semasa mencuci tudung.

*Jadi, pastikan tudung anda yang mahal-mahal tersebut dibasuh dengan elok supaya selepas 10 tahun pun masih boleh pakai!

tips penjagaan tudung

Baca juga: Hanya Rebus Sebiji Buah Epal Rupanya Boleh Hilangkan Pening Kepala, Tak Payah Makan Ubat!

Sumber: Rapi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×