Dapur

Tips Mudah Untuk Buat 7 Jenis Kuih Muih Tradisional Ini, Confirm Menjadi!

31
SHARES

Kuih muih tradisional seperti karipap, apam nasi, pau dan sebagainya sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lazimnya, kuih seperti ini dibeli di gerai berikutan kaedah penyediaan yang agak rumit.

Justeru, mari ikuti tips mudah untuk 7 jenis kuih muih tradisional untuk anda buat sendiri di rumah seperti perkongsian pengguna Facebook Zainoor Aliza Ali. Pasti menjadi dan tak perlu beli di gerai dah.

Baca juga: Resepi Lamb Grill Homemade, Power & Sedap Macam Dekat Kedai!

TIPS MUDAH UNTUK BUAT 7 JENIS KUIH MUIH TRADISIONAL

Ada beberapa tips dan saranan saya kongsikan di sini sebagai panduan penghasilan beberapa kuih. Semoga bermanfaat.

1. PAU

Ada beberapa sebab pau mengecut:

– Doh terlebih kembang-overproofing.

– Kukusan kena balut penutupnya. Kalau kukusan buluh tak perlu balut.

– Terlebih masa mengukus.

– Selepas masak terus buka keseluruhan penutup kukusan.kena buka sikit-sikit dulu.

– Api dapur tak boleh terlalu besar.

2. ROTI JALA

– Masa blend tu tengok dalam blender, kalau halus pusarnya sekitar pangkal lidi/mancis hingga ke hujung kelingking dah ok. Kalau besar tu tanda bancuhan cair.kena tambah sedikit tepung gandum.

– Lebih mudah guna nonstick pan.sapu sedikit minyak masak.

– Buka api kecil semasa menjala.bila dah masak biarkan sejuk pd suhu bilik.simpan dalam bekas kedap udara.jangan terdedah pd kipas angin utk elak kering.

3. APAM NASI

– Bancuhan kena perap 1½-2 jam.

– Buka api sederhana.utk apam mekar perlu api besar.

– Balut tutup kukusan dengan kain.

– Bancuhan tak boleh isi penuh.

4. KARIPAP

– Untuk rangup tahan lama, campurkan air sejuk, tepung beras dan tepung ubi.

– Api buka kecil, kulit karipap jadi licin.

– Api besar kulit karipap jadi berjerawat/menggerutu.

5. DONUT

– Donut mengecut jika overproofing (terlebih kembang)

– Buka api kecil semasa menggoreng.

– Tunggu donut sejuk baru digaul dengan gula.cadangan guna snow sugar utk elak cair.

6. KUIH BOM

– Selesai isi inti, celup kan ke dalam air dan golek kan pada bijan.

– Bila dah siap, biarkan sekejap bagi air kering.

– Minyak sederhana panas,masukkan kuih biarkan kejap, sampai terapung,baru dikacau

7. APAM/KEK PISANG

Untuk dapatkan urat pisang:

– Pisang dilecek.

– Pisang yang di blend kurang dapat uratnya, dapat berbintik-bintik.

– Air kukusan di didihkan dahulu sebelum masukkan adunan.

– Lecek pisang, masukkan sedikit cuka makan. Biarkan sementara kita buat adunan. Last baru campur pisang tadi.

– Guna pisang berangan, raja, emas, awak, kapas.

– Letak garam sedikit dan juga baking soda masa peram pisang yang dilecek.

– Lecek pisang dan simpan dalam peti ais dalam 20 minit hingga semalaman.

– Letakkan perahan lemon atau limau kasturi pada pisang yang dilecek.

*Wah, boleh cuba ni setiap kali nak buat kuih. Confirm menjadi!

Sumber: Zainoor Aliza Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×