Dapur

Resepi Lamb Grill Homemade, Power & Sedap Macam Dekat Kedai!

3
SHARES

Lazimnya, mengunjungi ke restoran antara makanan barat sering menjadi pilihan orang ramai adalah chicken chop dan juga lamb grill. Bagaimanapun, resepi ini dilihat seolah-olah sukar untuk dimasak di rumah.

Jadi, kami kongsikan cara mudah dan sedap resepi lamb grill yang anda kena cuba. Perapan yang sangat sedap memang sesuai untuk semua peringkat umur. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Ikan Tepuk Asam Turun Temurun Nenek, Nampak Hitam Tapi Sedap!

RESEPI LAMB GRILL HOMEMADE, POWER & SEDAP

Ramai dok tanya resepi lamb grill abam. Ok abam kongsikan. Ini style abam ye. Cuti sekolah ni kan, boleh la buat bbq. Nah bahan dan cara. Semestinya Rare! Gerenti lamb akan lembut. InsyaAllah.

1. Lamb Shoulder

  • Perap untuk lembutkan daging lamb
  • Coke/Ice Cream Soda
  • Lemon

Letakkan lamb tersebut dalam bekas dan campurkan air tersebut dan lemon dan rendamkan lamb tersebut. 2-3 jam paling lama la.

Selepas rendam, toskan dan basuh daging tersebut. Jangan risau takkan ada rasa coke atau ice cream soda, basuh dan toskan. Actually tu untuk lembutkan lamb tersebut.

2. Perapan Lamb 

  • Halian (ditumbuk lumat)
  • Sos BBQ (3sudu)
  • Sos tiram (1sudu)
  • Bawang putih (dihenyak)
  • Madu (madu 1 2 atau 3 pun tak kisah)
  • Rosemary (Dry) letak banyak sedap sikit
  • Kicap manis
  • Air (Tak perlu banyak,biar perapan agak pekat)
  • Garam sedikit
  • Lemon sedikit
  • Gula sedikit

Semua bahan tu disatukan dalam satu bekas gaul sebati dan perap lamb tersebut yang telah ditoskan. Nak sedap biar semalaman letak dalam peti ais.

*Lamb tak perlu nak grill lama-lama sebab lamb sat ja dah masak. Kalau lama-lama tak juicy.

3. Sos Black Pepper 

  • Prego Sos Cheese n Herbs (Warna Kuning)
  • Lada hitam yang belum dihancurkan
  • Butter/Marjerin
  • Kicap manis
  • Bawang putih(Cincang halussss)
  • Bawang besar (Holland)
  • Serbuk sedap rasa (seberapa cubit ja)
  • Garam sedikit
  • Air sedikit

Cara-cara: 

1. Panaskan Butter dan masukkan bawang putih dan bawang holland hingga kekuningan.

2. Masukkan sos prego dan masukkan air sedikit (ikut hangpa klu nak cair atau pekat).

3. Masukkan kicap manis (biar nampak gelap-gelap sedikit).

4. Masukkan black pepper yang telah ditumbuk, tak perlu halus sangat. Tambah sedikit yang serbuk.

5. Masukkan serbuk sedap rasa serta garam dan rasakan supaya rasanya seimbang.

So siap la lamb grill. Boleh dimakan bila-bila masa. Kalau buat perapan lebih, balance boleh frozenkan. Abam grill guna grill pan.

Sumber: Facebook Roslan Rusly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×