Dapur

Resepi Ikan Tepuk Asam Turun Temurun Nenek, Nampak Hitam Tapi Sedap!

15
SHARES

Ikan merupakan sumber protein yang baik untuk diri dan setiap hari pasti ada menu hidangan berasaskan ikan dalam kehidupan seharian kita.

Bagi anda yang inginkan kelainan, apa kata cuba satu resepi turun temurun peninggalan arwah atok iaitu ikan tepuk asam seperti perkongsian pengguna Facebook dikenali Siti Hazneza Abdul Hamid. Nampak pelik tapi sedap hingga menjilat jari!

Baca juga: Buat ‘Hantu Petai’, Ini Cara Simpan Petai Yang Dah Bertahun Supaya Kekal Fresh & Tak Kecut!

RESEPI IKAN TEPUK ASAM TURUN TEMURUN NENEK, HITAM TAPI SEDAP!

“Tok! Awat ikan goreng tok rentung?” terkejut kami tengok ikan hitam legam dalam dulang waktu makan tengah hari masa kecil dulu. Kali pertama Allahyarham Mak Tok masak begitu.

“Ni ikan tepuk asam,” jawab Mak Tok.

Bahan-bahan ikan tepuk asam:

  • Asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Tepung beras/ tepung gamdum + tepung jagung
  • Sedikit air
  • Ikan kegemaran

Hari ini saya guna ikan patin. Ikan tepuk asam sedap jika ikan jenis berminyak atau berlemak seperti ikan patin atau ikan salmon. Kedua, sedap juga dengan ikan yang boleh garing rangup selepas goreng seperti ikan selangat yang dikelar-kelar.

– Picit asam jawa dengan air sehingga menjadi pes. Jika guna pes asam jawa yang siap-sedia, boleh tambah air sedikit.

– Gaul ikan dengan pes asam jawa, garam dan tepung. Lebih sedap jika diperap sekejap.

– Goreng dalam minyak panas. Saya sarankan guna kuali kecil dan masukkan minyak sekadar perlu, tambah jika perlu semasa memasak.

Hal ini kerana minyak akan jadi hitam kerana asam jawa. Seperti menggoreng ikan cencaru belah belakang yang telah disumbat sambal. Sayang hendak dibuang minyak banyak-banyak

– Nah! Hitam bukan? Apabila dah rasa, pakat mahu yang paling hitam semua.

Padanan yang sesuai untuk menimbulkan selera makan yang padu. Orang tua mahupun kanak-kanak bahkan mereka yang mahu sesuatu yang baru untuk tunas rasa selepas asyik makan menu yang sama. Jom makan! Bismillah.

Sumber: Facebook Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×