40 Minggu

Wanita Ini Kongsi Tips & Amalan Wanita Jepun Supaya Proses Bersalin Jadi Mudah!

263
SHARES

Sepanjang proses kehamilan, apa yang merunsingkan para ibu adalah membayangkan situasi yang bakal dihadapi ketika proses bersalin. Memang ngeri kerana pelbagai kemungkinan yang akan ditempuhi luar dari perancangan kita. Oleh itu, terdapat beberapa amalan dan tips yang anda boleh cuba amalkan supaya dapat menempuhi proses bersalin di dalam labour room dengan mudah. Menariknya, wanita ini berkongsikan beberapa tips dalam majalah terbitan negara Jepun dimana wanita di sana mengamalkan semua tips ini supaya dapat berhadapan dengan ‘easy labour’. Anda pun boleh cuba!

89 PERATUS IBU HAMIL DI JEPUN AMALKAN

Apa yang anda boleh dapati dalam kandungan majalah di Jepun ini adalah pelbagai tips berkenaan proses kehamilan yang dapat dijadikan panduan. Apa yang menariknya, majalah Jepun ini memberi tips yang ternyata amat berguna dan berkesan!

1. Lembutkan badan, strecth, meternity yoga, duduk bersila butterfly dan naik turun tangga lebih efektif dari berjalan jauh.

2.Keep warm! Pastikan badan anda sentiasa ‘panas’ dan tidak terlalu terdedah dengan keadaan sejuk.

3.Sangat penting untuk ibu hamil juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Banyakkan makan sayur, banyak minum sup dan kurangkan pengambilan garam untuk elak perut nampak ‘kembang’.

4. Wanita hamil di Jepun juga sering mengamalkan ‘bonding time’ dengan kandungan bayi. Ingat bahawa bersalin merupakan kerjasama antara si ibu dan bayi.

5. Jangan stress dan rileks sepanjang proses kehamilan. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah dengan berehat mendengar muzik, mandi buih atau bersiar-siar.

JALAN SELAMA 30 MINIT ATAU SATU JAM SEHARI

6.58 % dari wanita hamil Jepun mengamalkan untuk berjalan selama 30 minit ke satu jam sehari. Katanya dapat memudahkan proses penurunan bayi ketika bersalin.

7. Amalkan gaya hidup yang sihat dimana dapatkan tidur yang secukupnya atau jadi morning person!

8.Bukan itu sahaja, penting juga untuk ibu hamil untuk selesaikan segala masalah kecil dan remeh dalam masa yang cepat. Hal ini kerana dapat mengelakkan anda dari terus stress.

9. Praktis visualization of labour. Si ibu boleh study dan fahamkan beberapa situasi yang bakal dihadapi ketika proses bersalin di dalam labour room nanti.

10. Berdoa dan tawakal kepada Allah. Ini bukanlah tips dari orang Jepun tetapi, berdasarkan kepada kepercayaan agama masing-masing, amat penting untuk kita sentiasa berserah dan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan kan?

Sumber : mrs.aliff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×