[infobox]
Amaran: Artikel ini hanya untuk isteri sahaja. Suami adalah dilarang.
[/infobox]
Suami curang di Facebook. Itulah yang biasa kita dengar sekarang ini. Gara-gara Facebook dan laman sosial yang lain, si suami ligat dan leka. Sambil menyelam minum air, mencari perempuan lain.
Tips mengesan suami curang
Bukan nak kata si isteri buta IT, tetapi sebagai langkah berjaga jaga, elok dibendung dari awal sebelum melarat sampai suami berjumpa skandal di luar. Jangan lepas berlaku, baru nak menangis. Apa tindakan yang isteri perlu lakukan jika suami benar-benar curang?
Jika suami anda selalu leka bersama laptopnya dan anda tertanya-tanya apa yang si suami selalu “cari“ di Facebook, anda boleh mencuba langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah.
Adalah amalan biasa bagi si suami yang bijak untuk delete bahagian messages. Kami yakin, teknik yang kami kongsikan kali ini pasti jarang diketahui oleh para suami di luar sana!
Tetapi sebelum itu anda perlu mempunyai akses atau telah meminta izin suami untuk log masuk ke Facebook beliau.
(Artikel kali ini tidak akan menceritakan bagaimana untuk hack masuk ke akaun Facebook suami anda ya!)
Begini langkah mudah:
1. Klik ke Profile > Activity Log
Perhatikan di sebelah atas kanan Facebook ada ikon anak panah. Klik “Activity log”
2. Klik button “More” di sebelah sidebar kiri Facebook. Pilihan “Search” akan muncul di skrin
3. Semua aktiviti carian di Facebook akan muncul di skrin (Jika kosong itu tandanya suami anda telah menekan button “Clear Searches“)
Akhir kata
Sebenarnya, buang masa jika mahu check apa yang suami buat di Facebook. Lama-lama, kita akan jadi letih. Dia buat, tanggung. Dia buat, dialah yang berdosa.
Namun, gagahkah si isteri memendam rasa? Siapa ada pengalaman?