Didik

Tips Macam Mana Nak Kenalkan Susu Lain Kepada Anak Selepas Berhenti ‘Breastfeeding’

202
SHARES

Susu ibu tak dinafikan mempunyai banyak khasiatnya. Tapi, bila anak telah cecah usia 2 tahun, ibu perlu berhenti berikan susu badan dan mula berikan susu formula kepada anak. Oleh itu, dietitian ini telah cadangkan tips untuk kenalkan susu kepada anak supaya anak dapat nutrisi yang cukup.

TIPS MENGENALKAN SUSU KEPADA ANAK (selain susu ibu)

Anak saya tak nak menerima susu yang saya beri kepada dia. Macam mana nak bagi anak saya ambil susu tu? Berikutan posting saya mengenai adakah betul lepas 1 tahun tak perlu susu formula, ramai mommies bertanya cara untuk anak menerima pengambilan susu selepas berhenti pengambilan susu ibu. (kalau nak baca tekan link di sini)

Ye anak walaupun sudah lepas 2 tahun atau sudah cerai susu ibu masih perlu teruskan pengambilan susu seperti yang disarankan dalam piramid makanan. Bagi kanak kanak jenis susu yang boleh diambil adalah full cream, fresh milk atau family milk. Jangan beri low fat atau skim milk kepada mereka.

Tapi bagaimana nak beri susu kepada anak? Berikut tips untuk bantu keberangkalian anak menolak susu tersebut

BAGI BAWAH 2 TAHUN

1.Jangan beri dalam botol

-Anak sudah link kan jika susu dalam botol maka itu adalah susu ibu. Jika anda beri susu lain dalam botol, besar kemungkinan anak akan tolak sebab bukan susu ibu.

2.Jangan ibu yang beri susu lain

-Sama juga anak dah link apabila nampak ibu, dengar ibu, bau ibu maka akan dapat susu ibu.
Jika nak beri susu lain, minta orang lain berikan seperti ayahnya, neneknya, pengasuh etc.

3.Jangan terus berhentikan susu ibu

-Sambil kenalkan susu lain kepada anak susu ibu dikurangkan sikit demi sedikit. Maka waktu anda plan untik cerai susu dari anak, waktu itu anda sudah bermula kenalkan secara berperingkat susu lain kepada anak. Contoh anak biasa minum 5oz 5 kali sehari:

Hari pertama – 4x susu ibu 1x susu lain.

Hari kedua – 3x susu ibu 2x susu lain.

Hari ketiga – 2x susu ibu 3x susu lain dan seterusnya… Bagi masa untuk anak menyesuaikan diri

4. Jangan paksa

Hari ini cuba beri anak tolak. Tunggu 2 hari lagi baru kenalkan semula, pada waktu yang berbeza serta bentuk yang beza. Contoh hari ini kenalkan pada waktu pagi dalam cawan kuning, lagi 2 hari kenalkan pada waktu malam dalam cawan purple pula.

5. Boleh campur dalam minuman lain pada peringkat awal

-Disebabkan kandungan lactose, protein dan zat lain dalam susu fresh/full cream/family jauh beza dari susu ibu terdapat anak yang akan bertindak balas dengan berbeza apabila diberi susu tersebut

-Anak mungkin mengalami cirit birit, sakit perut dan lain lain tapi waktu minum susu ibu/formula tiada. Maka ini bukan alahan.

BOLEH CAMPUR SUSU DENGAN BAHAN LAIN

Untuk membantu badan anak menyesuaikan diri boleh campur susu dengan bahan lain seperti:

1.Cocoa (choc milk)

2.Pisang (smoothie pisang)

3.Strawberry (strawberry milk)

Sedap pun sedap, khasiat pun khasiat dan membantu anak untuk menyesuaikan diri dengan kandungan susu yang berbeza dari susu ibu.

*Tips no 1, no 4 dan no 5 ini juga boleh diamalkan bagi usia atas 2 tahun.

Disclaimer: post ini tidak bertujuan untuk anda stop susu ibu tau!! Susu ibu tetap terbaik dan perlu diteruskan sehingga 2 tahun.

Harap dapat membantu mommies, teruskan usaha, caiyok!

Sekian,

Sumber: Dietitian Nur Hafizah M Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×