Famili

Tips Kurangkan Bau Busuk Najis Kucing Dalam Rumah, Rupanya Boleh Guna Arang Je!

39
SHARES

Buat peminat-peminat kucing, sudah pastinya akan ada berekor-ekor kucing yang dipelihara di dalam rumah bukan? Bila sudah emmelihara kucing, kita tidak akan lari dari bau najis yang busuk jika tidak dijaga dengan teliti. Habislah satu rumah sampai bau sampai melekat di baju yang disidai.

Oleh itu, ada caranya yang anda boleh cuba seperti perkongsian ini dimana menggunakan arang sebagai agen anti-bau. Nak tahu menjadi atau tidak, jom sama-sama kita cuba!

MACAM MANA NAK KURANGKAN BAU BUSUK NAJIS KUCING?

Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing indoor. Masalah yang sering dihadapi adalah bau poo pee yang keluar daripada litterbox.

Kalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau mmg dah kurang, tapi sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau tu hampir takdak langsung.

CARANYA ADALAH DENGAN GUNA ARANG!

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing). Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).

Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda. Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.. Sebelum ni ada sikit-sikit bau daripada litterbox kucing saya, tapi sekarang ni dah kurang sangat.

Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba!

*kucing saya ni dalam proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Dah masuk bulan kedua dia duduk dalam sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurung untuk makan minum & guna litterbox.

Sumber: Lembayung Cahaya Rabbani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×