Deko & Hias

Isteri Pulang Kampung Untuk Berpantang, Suami Buat Kejutan Makeover Rumah!

7.6K
SHARES

Mengubahsuai rumah menjadi lebih cantik dan baru bukannya perkara mudah. Bukan sahaja memerlukan bajet yang banyak, malah kesesuaian reka bentuk dalaman pun memainkan peranan supaya kelihatan cantik. Yang menariknya kisah ini adalah wanita ini yang merupakan jurudeko dalam rumah berkongsikan kisah seorang suami yang membuat kejutan kepada isteri sewaktu isterinya pulang berpantang di kampung.

Bila tengok makeover rumah ini memang cantik! Isteri pasti suka!

ISTERI BERPANTANG DI KAMPUNG, SUAMI BUAT MAKEOVER

“Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang rumah untuk bincang buat makeover.

SURPRISE MAKEOVER!

Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama. Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa. Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara.

Nah, tengoklah kejadian selepas makeover . Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali! Bertuah betul si isteri.

Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali. Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.

Sumber : Khairunnisa Hamzah, (Mommy Dekor), Senibina kehidupan di rumah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×