Famili

Ibu Ini Lahirkan Bayi Kembar Selang 15 Minit Tapi Dalam Bulan & Tahun Berbeza!

706
SHARES

Menakjubkan apabila seorang wanita di Amerika Syarikat selamat melahirkan sepasang bayi kembar pada bulan dan tahun yang berbeza, lapor laman berita Wolipop semalam. Macam mana tu bayi kembar tetapi dilahirkan dalam tahun yang berbeza? Luar biasa!

Baca juga: [VIDEO] Patutlah Bayi Suka Bunyi Hair Dryer/Vacuum, Rupanya Dalam Perut Ada Bunyi Ini!

KEMBAR LAHIR SELANG 15 MINIT  TAPI TAHUN BERBEZA!

Fatima Madrigal melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Alfredo pada pukul 11.45 malam (waktu tempatan) semasa malam menjelang Tahun Baharu 2022.

Selang 15 minit kemudian, ketika jarum jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam 1 Januari 2022, Madrigal selamat melahirkan kembar Alfredo iaitu bayi perempuan yang diberi nama Aylin.

Alfredo dan Aylin merupakan kembar yang dilahirkan dalam bulan dan tahun yang berbeza. Berat Aylin 5 paun 14 auns, manakalaabang Alfredo seberat 6 paun 1 auns.

“Sangat menakjubkan kerana mereka kembar, namun tarikh lahirnya berbeza. Saya terkejut namun bahagia apabila Aylin lahir pada waktu tengah malam,” kata Madrigal.

KEJADIAN YANG AMAT JARANG BERLAKU

Pihak Hospital Natividad Medical Group turut menzahirkan rasa kagum mereka memandangkan kelahiran itu adalah sesuatu yang amat jarang berlaku. Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S menunjukkan terdapat kira-kira 120,000 kelahiran kembar di A.S setiap tahun tetapi ini merupakan keajaiban.

“Ini sudah pasti menjadi kelahiran yang paling dikenang sepanjang kerjaya saya,” ujar doktor keluarga di hospital itu, Dr. Ana Abril Abrias.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×