Famili

Tips Anak ‘Bye-Bye’ Minum Botol Susu Dari Hanis Zalikha, Menjadi!

5.9K
SHARES

Bila anak sudah mencapai umur tertentu, salah satu proses yang perlu dilalui adalah ‘berpisah’ dengan botol susu. Bukan perkara yang mudah kerana anak-anak sudah bersama botol susu ini sejak bayi lagi dan anda perlu menggunakan beberapa teknik untuk membiasakan mereka minum air atau susu menggunakan cawan sahaja.

Berikut merupakan antara perkongsian dari selebriti Hanis Zalikha yang memang terkenal dengan perkongsian tips parenting untuk orang ramai. Ini merupakan tips ‘bye-bye’ botol susu untuk anaknya Alisa Aisyah yang memang menjadi!

Baca juga: “Mengada Bila Ayah Ada”- Ini Tanda Anak Dah Kuat Bonding Dengan Ayah

TIPS ANAK BYE-BYE MINUM BOTOL SUSU DARI HANIS ZALIKHA

Mommynis nak share journey ni sebab lama tak sharing sini and banyak benda dah terlepas pastu terlupa terus. Alisa tak minum susu botol dah, dan dah tak bangun malam dah selama beberapa bulan.

Proses bermula dengan:

1. Minum susu botol siang & malam. Pastu Mommy cakap “Alisa, we only drink milk at night okay. If you are thirsty we drink water, if you are hungry you must eat”. Merengek beberapa hari and done terima kenyataan.

2. Minum susu botol malam sahaja, 2-3 kali semasa tidur. Pastu lampin dia bocor, kita kejut dia tidur, “Alisa look! This is what happened when you drink too much milk while sleeping! See all wet?!” Muka mamai dia macam oh no! Sejak itu, kalau dia merengek malam terus tepuk tapi never sua botol. Terpaksa consistent dengan apa kita cakap.

3. Minum susu botol hanya untuk nak lelap tidur. Pastu ada satu ketika dia termuntah susu (sebab dia selsema berkahak), maka Mommy pun “Alisa, drinking milk from a bottle made you puke!”. Sejak dari tu offer susu dalam cawan sebelum dia tidur. Dan kalau dia nak susu bila-bila, bertegas tawarkan dia guna cawan.

4. Kini minum susu hanya pakai cawan. Selera makan bertambah. Tidur nyenyak sehingga 7am.

5. Dah tak minum susu botol? Baru boleh potty train bebila.

So always communicate cause and effect to your children. Sentiasa terangkan sebab dan akibat satu-satu perkara. They’re very smart and they will appreciate every explanation. This is for those who asked.

Menurut Hanis, adalah amat penting untuk ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak semasa melalui proses pembaharuan dalam hidup mereka. Jelaskan dengan baik kepada mereka tentang perbuatan tersebut kerana anak-anak adalah bijak dan mudah menyerap segala ilmu yang diajar.

Sumber: Instagram @thealisaaisyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×