40 Minggu

5 Tips Berpantang Selepas Bersalin Caesar. Tak Gemuk, Boleh Slim Balik!

7.9K
reads
Tips berpantang selepas bersalin caesar

Kebanyakan wanita yang bersalin dengan kaedah Caesarean punyai kadar yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk selepas bersalin.

Kenapa?

Salah satunya adalah kerana terbatasnya peluang untuk berpantang secara normal dan strict. Luka pembedahan di bahagian rahim itu perlu dijaga dengan baik supaya tidak terkena risiko infection, bernanah, jahitan terbuka dan sebagainya. Walaupun cuma terzahir luka di bahagian kulit, harus diingat masih ada 6 lapis jahitan tersembunyi di bahagian dalam.

Tips berpantang selepas bersalin Caesar (pembedahan)

Bersalin secara pembedahan bukan bermakna kita harus redha saja menjadi gemuk. Harap bertenang semua. Tak perlu terjun bangunan sebagai tanda protes tak boleh kurus. Jom kita cuba bahagian berpantang mana yang boleh dipraktikkan.

1. Berparam, jangan ingat ini zaman moden tak perlu guna

 

Param adalah sejenis campuran herba yang boleh memanaskan badan. Zaman tok gajah dulu, param ni ditumbuk dilumat. Jenuh juga nenek-moyang kita nak buat. Tapi sekarang zaman senang. Pergi kedai jamu, dah siap set berpantang yang complete pelbagai jenama.

Angkat jari telunjuk dan tunjuk saja set mana yang anda nak di atas rak. Sekarang param ada dijual dalam bentuk losyen.

Sapu losyen param di seluruh badan, terutamanya bahagian perut. Kita akan rasa seluruh badan panas. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena param di bahagian luka pembedahan kalau tak nak menangis tersedu-sedu tahan sakit pedih.

2. Minum air kunyit

Tips berpantang selepas bersalin caesar

Foto Kredit: cantikalamiku.com

Kunyit hidup dihiris-hiris dan rebus bersama sedikit asam keping. Pertama kali minum boleh meleleh air mata. Tapi sebab nak cantik kurus dan badan macam kerengga, gigihkanlah juga telan sampai habis. Sehari minum 3 cawan. Ya, selamat menangis.

Air kunyit ini elok untuk buang angin dalam badan. Suami-suami tak payah buat muka macam ada
bencana alam kalau isteri asyik kentut dan sendawa. Redha katanya.

3. Pakai bengkung, jangan degil

7 Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Secara Tradisional!

Foto Kredit: bianca.embracinglabor.com

Bengkung yang berlilit-lilit bersimpul segala bagai tu sebenarnya lebih elok dari bengkung korset. Cara yang betul pakai bengkung adalah semasa berbaring. Tapi hati-hati dengan kawasan luka bedah. Selagi luka belum kering, elakkan dari pakai bengkung metutup bahagian luka sebab takut kulit berpeluh dan luka boleh terkena infection.

Bengkung lebih elok dipakai lepas badan disapu param supaya badan lebih panas. Tapi haruslah stress bila pakai bengkung sebab serba-serbi pergerakan terbatas. Nak jalan terkangkang-kangkang? Lupakanlah.

Anak sulung berlari buat onar dalam rumah? Redhalah bagai Redha Airways. Memang mencabar bagi sesiap yang berpantang seorang diri. Jangan sedih-sedih!

4. Haba

Pastikan badan sentiasa dalam keadaan panas. Sentiasa berstokin, baju lengan panjang, dan lebih
elok jika pakai sweater atau baju tebal. Pernah duduk Antartik? Ya, gunalah jaket bulu-bulu tebal tu.

Pakai sekali bulu-bulu bahagian telinga untuk kesan yang lebih efektif. Untuk 2 bulan cuba jangan
ber-air-cond.

Jangan ber-ais. Bersalji jauh sekali.

Tapi jangan terlampau obses nak kurus sampai badan melecur. Jangan buat gila pergi terjun atas
periuk api pula.

5. Makan

Foto Kredit: greatermalaysia.com

Foto Kredit: greatermalaysia.com

Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang bersifat sejuk. Contohnya timun, tembikai,dan air sejuk. Juga jangan makan makanan yang mengandungi telur untuk mengelakkan luka bedah menjadi gatal dan bernanah. Baca resepi berpantang yang sudah ramai orang cuba.

Wanita yang bersalin kaedah pembedahan atau selalunya dipanggil Caesarean digalakkan minum sedikit jus oren untuk menyembuhkan parut luka bedah. Boleh minta konsultasi nenek-nenek atau jiran sebelah untuk tips-tips pantang cara zaman dahulu kerana cara dahulu lebih efektif.

Akhir kata

Kesimpulannya, nak cantik kenalah sakit. Confirm boleh slim semula. Dah kurus nanti jangan pula pakai seksi-seksi pula ya kakak-kakak semua.

Kakak-kakak yang lain, apa antara tips atau petua yang diamalkan? Boleh kongsi?

 

Carian Yang Berkaitan:

  • bersalin ceaser
  • makanan pantang selepas pembedahan
  • bersalin caesar
  • pantang bersalin caesar
  • cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan
  • cara berpantang czer
  • kempiskan perut selepas bersalin pembedahan
  • bersalin secara pembedahan
  • bersalin bedah
  • pantang caesar
33 Comments

33 Comments

  1. Ckin Ali

    September 15, 2015 at 9:06 pm

    Walaupun bersalin secara pembedahan, mesti ber BENGKUNG. Material bengkung pun perlu diambil kira..kalau kain yang tak bagus, peluh bertakung kat situ luka pun jadi kembang dan susah nak sembuh..sekarang ni ada cara mudah dengan hanya pakai bengkung moden Premium Beautiful Corset..bantu sembuhkan luka dalam dan luar. mudah dipakai, cepat, selamat dan terbukti berkesan..memang berbeza pengalaman berpantang dengan bengkung biasa vs bengkung pb..nak tau lagi, whatapps akk yea..013-3496050

  2. Azimah

    September 16, 2015 at 7:15 am

    Alhamdulillah sy mmg seorang yg tegas dlm berpantang.. Lahir anak ketiga secara caeser.. 100% follow pantang tok nenek zaman dahulu.. Telur mmg tak pernah mkn semasa dlm pantang sbb takut ade luka dalaman yg masih belum sembuh.. Masa preggy 63.. Selepas bersalin 48.. Alhamdulillah smpai sekarang anak no 3 tu pun dah 7 thn?

    • Norasikin ismail

      January 10, 2016 at 7:44 pm

      Sis amalkan ape ea utk turunkan berat badan..boleh syer?? Saya anak 1st ceazer…perut still xkempis

  3. faizah

    September 16, 2015 at 5:44 pm

    Betul betul saya setuju tips diatas.. saya bersalin caeser, saya amal benda diatas kecuali param, hasil nya dalam sebulan berat badan saya turun dari 55kg jadi 45 kg..bulan seterusnya 43kg..ramai yg terkejut saya cepat sangat slim 🙂

    • FRZ

      September 17, 2015 at 1:21 pm

      insyaAllah boleh lagi. Cuma kesannya mungkin lambat sebab lemak dah degil. 😀

      luka operate ni susah nak hilang 100%. Memang akan ada parut tapi kalau diusahakan insyaallah parut boleh pudar. tapi hilang terus tu susah kot.

  4. dilla

    October 28, 2015 at 10:56 pm

    Nk tnya….mcm mna utk kempiskn perut slps bersalin caesar. Dlu lps bersalin sy xpkai bengkung sbb takut.

    • frz

      November 5, 2015 at 12:52 pm

      cuba amalkan minum air rebusan kunyit + asam jawa tu.

  5. Sara

    January 20, 2016 at 11:16 am

    Bersalin pembedahan pun boleh berbengkung, tujuannye untuk support perut yang menggelebeh tu..jadi tak lah bergesel dengan tmpat luka. Material bengkung kena pastikan yang boleh serap peluh dan tak panas.

  6. lola

    February 8, 2016 at 7:10 pm

    boleh ke makan jamu lepas bersalin 3 minggu czer?

  7. Nora

    May 26, 2016 at 12:48 pm

    Klu pakai bengkung biase tp bkn khas bengkung czer boleh ke utk bersalin czer?

  8. Cara Merawat Wajah Supaya Awet Muda

    May 29, 2016 at 11:42 am

    Tipsnya Keren,,…

  9. Khalidah

    June 11, 2016 at 8:37 pm

    Klu susu badan boleh ke minum air kunyit

  10. As

    November 27, 2016 at 12:03 pm

    Berpantang kalau betul caranya memang boleh turun berat badan. Tapi pastikan jugak minum susu atau ambil pil kalsium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top