Sihat

Tingkatkan Protein & Kekuatan Otot Anda Dengan Minuman Tambahan Baharu Ensure® Max Protein

550
SHARES

Sebilangan besar orang dewasa berusaha untuk menjalani gaya hidup yang diingini dan aktif.  Namun hakikatnya ramai yang tidak memiliki kekuatan, masa, dan tenaga yang banyak untuk melakukan perkara tersebut. 

Ini disebabkan masing-masing mempunyai jadual yang sibuk, tugasan yang panjang dan waktu kerja yang lama. Tidak mempunyai otot yang kuat dan sihat, akan membuat kita merasa letih dan juga tidak dapat mengatasi jadual yang sibuk.

Haa, sekarang anda boleh mengatasi masalah keletihan itu dengan mengamalkan minuman tambahan ini.

Kurangkan masalah keletihan dalam masa 2 minggu

Untuk pengetahuan anda, Ensure® Max Protein mengandungi 30 gram protein, 1 gram gula, rendah kalori dan rendah lemak. Berdasarkan hasil tinjauan pengguna, produk ini membantu anda mengurangkan masalah keletihan dalam masa secepat 2 minggu. 

Mempunyai otot yang kuat dan protein yang mencukupi adalah kunci untuk kita bertenaga dan aktif. Malah, mengurangkan juga rasa keletihan.

Jadi, jika anda mengamalkan minuman Ensure® Max Protein ini, ia akan membantu menguatkan otot yang diperlukan untuk anda terus melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga sepanjang hari.

Sesuai bagi menggantikan makanan ringan atau makanan selepas bersenam

Bukan itu saja, dengan minuman tambahan protein susu Ensure® Max Protein, ia boleh dijadikan sebagai snek harian atau makanan selepas bersenam juga.

Didatangkan dalam perisa vanilla, susu Ensure® Max Protein bebas gluten dan laktosa. Lagi menarik, apabila pakejnya yang bersaiz 330ml menjadikan ia mudah dibawa ke mana-mana terutamanya sebagai makanan ringan selepas anda bersenam.

Bantu atasi keletihan otot 

Mengalami keletihan otot dan tekanan yang berlebihan akibat dari tugasan harian boleh menyebabkan selera makan anda hilang. Ini juga boleh menjejaskan tahap kesihatan kerana badan anda akan kekurangan nutrisi untuk menghasilkan tenaga.

Oleh itu, pengambilan suplemen protein shake seperti Ensure® Max Protein yang optimum bagi membina otot yang kuat dan paling penting ia rendah kalori. Jadi, anda tak perlu risau dengan berat badan yang berlebihan. 

Bahkan, ia akan menjadikan kehidupan anda kekal aktif dan memaksimumkan gaya hidup. 

Tingkatkan gaya hidup aktif anda dengan susu Ensure® Max Protein sekarang!

Satu hidangan Ensure® Max Protein ini mengandungi 30g protein. Ia memenuhi lebih daripada 40% keperluan protein untuk orang dewasa setiap hari. Sekali gus membantu orang dewasa untuk mempunyai otot yang kuat dan sihat untuk memaksimumkan gaya hidup mereka.

Jadi, anda sendiri patut cuba minuman terbaharu khas daripada Ensure® Max Protein. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web INI atau boleh dapatkan di aplikasi Lazada atau Shopee sekarang.

Ini juga akan membuatkan anda mendapat protein yang cukup dan kekal cergas sepanjang hari. Jangan lupa cuba dan amalkan ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×