Kini Trending

TikTok Shop & MDEC Bantu Usahawan Tempatan Kembangkan Perniagaan Melalui Pertandingan Penstriman Langsung!

61
SHARES

Selain jualan di kedai fizikal, jualan produk secara dalam talian juga adalah salah satu cara untuk tingkatkan perniagaan. Lagi-lagi buat usahawan tempatan di luar sana, anda perlu memanfaatkan setiap platform media sosial yang ada dengan mempromosikan produk anda dengan kandungan yang kreatif.

Bukan itu saja, dengan penstriman langsung juga akan menarik minat dan perhatian penonton kerana mereka dapat berinteraksi dengan peniaga seperti bertanya soalan dan beri maklum balas.

Ha… kalau anda nak tahu, pada 1 Disember 2023 TikTok Shop bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengadakan pertandingan penstriman langsung buat semua usahawan tempatan tau.

TikTok Shop tingkatkan kemahiran 70 usahawan tempatan dan ada sokongan kreatif dari pencipta konten terkenal!

Pertandingan selama dua bulan itu bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan tempatan serta melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk mengembangkan perniagaan dalam ruang digital. Ia melibatkan 70 usahawan tempatan daripada pelbagai latar belakang di seluruh negara.

TikTok Shop memberikan sokongan dengan pelbagai inisiatif, termasuk ‘boot camp’ penstriman langsung, dan pencipta konten seperti Tulippetals dan tasha_407, Syaa_faten, almiyaz.my, dan nl.alchemist turut menyokong para usahawan dalam penstriman langsung sewaktu pertandingan.

MDEC beri sumbangan RM50,000 untuk sokong usahawan di TikTok Shop

MDEC yang menerajui pembangunan ekonomi digital di Malaysia telah menyumbangkan RM50,000 sebagai sokongan kredit iklan bagi membolehkan para peserta mencuba pelbagai peralatan di TikTok Shop.

Hasilnya, mereka berupaya mencapai kenaikan yang ketara dalam kadar keterlihatan dan tontonan, dengan para finalis mencapai sehingga 445% kenaikan dalam jualan.

Daripada 70 usahawan itu, 5 peserta yang mendapat kedudukan teratas dalam pertandingan itu termasuk Healez HQ, Fatimah Traditional Recipe, cikpuanzilacpa dan lain-lain, bakal menjalani latihan intensif bersama StoreNGo untuk memacu pertumbuhan perniagaan mereka. Seronok kan!

“Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tunjang ekonomi Malaysia. TikTok Shop membolehkan PKS mencipta pengalaman e-dagang yang holistik dan lancar bagi pembeli, yang merangkumi hiburan, pendidikan dan penglibatan interaktif. Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat meningkatkan keterlihatan produk yang dibuat dan dijual secara tempatan, serta meningkatkan keupayaan penstriman langsung dalam kalangan usahawan.”

Menerusi kerjasama bermakna ini dengan MDEC dan komuniti TikTok Shop, kami berharap untuk membuka peluang baharu untuk usahawan Malaysia, selangkah demi selangkah,” kongsi Nur Azre Abdul Aziz, Ketua Perkongsian, TikTok Shop Malaysia.

TikTok Shop beri sokongan berterusan, latihan luar biasa, dan pengiktirafan eksklusif untuk komuniti usahawan di Malaysia

Kredit: https://www.facebook.com/MyMDEC

TikTok Shop komited menyokong usahawan selepas latihan sebulan dengan sokongan berterusan, bimbingan, dan peralatan untuk memastikan perkembangan perniagaan mereka sepanjang perjalanan.

Bukan itu saja, sebagai sebahagian daripada inisiatif #JomLokal, TikTok Shop merancang bengkel dan latihan untuk penjual di seluruh negara dan memberikan impak besar kepada komuniti usahawan. Melalui kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan dan SKMM, TikTok Shop berusaha meningkatkan literasi digital dan memberi sokongan kepada lebih 1,000 penjual di 12 negeri Malaysia.

TikTok Shop juga diiktiraf sebagai Rakan Kerjasama eUsahawan oleh MDEC dalam Gig Fest, mengakui impak positif pertandingan siaran langsung kepada komuniti. Kerjasama dengan MDEC telah menghasilkan pemberdayaan 2,000 pelajar di 10 universiti dan memudahkan pembangunan penjual di kawasan pedalaman.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×