Famili

Tidak Sah Wuduk, Prof. Dr. Muhaya Jelas Bahayanya Pakai Eyelash Extension

1.2K
SHARES

Bila bercakap soal kecantikan, wanita adalah golongan yang paling excited sekali. Terbaharu adalah trend kecantikan dimana false eyelash extension menjadi tarikan utama dan digilai oleh semua wanita. Mana tidaknya, bulu mata kita akan kelihatan lebih panjang dan melentik berbanding bulu mata biasa dan menjadikan mata kita lebih besar bak anak patung. Namun, dalam kegilaan menjaga kecantikan ini, ramai yang terlepas pandang dengan hukum agama yang telah ditetapkan. Oleh itu, Datuk Prof. Dr Che Muhaya yang merupakan pakar mata tampil menjelaskan tentang bahayanya memakai eyelash extension.

90 PERATUS TIDAK SOLAT CUKUP WAKTU

Sebagai seorang doktor pakar bedah mata, Prof Dr. Muhaya juga ada berkongsikan statistik bahawa kira-kira 90 peratus orang Malaysia tidak solat cukup 5 waktu, manakala yang cukup solat 5 waktu tidak dapat dipastikan sama ada berwuduk dengan sempurna atau tidak.

 

View this post on Instagram

 

Takut tak dengar ni?

A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on

Disebabkan trend pemakaian eyelash extension ini semakin berleluasa, Prof. Dr Muhaya juga menjelaskan bahawa bahayanya pemakaian bulu mata paslu ini adalah wuduk menjadi tidak sah. Hal ini kerana plastik yang digunakan dan dilekatkan di bulu mata mempunyai gam yang boleh menutup dan menghalang pengaliran air di bulu mata.

KESAN PEMAKAIAN EYELASH EXTENSION

 

View this post on Instagram

 

Apa rupa bila buat eyelash extension? Kalau tak sah wuduk apa jadi pada solat kita? Kalau tak sah solat apa jadi pada hidup kita?

A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on

Dalam video tersbut juga, Prof. Dr Muhaya juga menjelaskan bahawa pemakainan eyelash extension ini juga dapat memberi kesan buruk kepada mata kita. Beliau juga turut berkongsi kondisi mata pesakitnya yang telah membuat eyelash extension. Kesannya mata pesakit tersebut menjadi tidak sihat, merah dan berair. Malah bagi orang Islam pula, pemakaian bulu mata ini menjadikan wuduk dan solat tidak sah.

Sumber : Prof Muhaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×