Famili

Tidak Perlu Bimbang Jika Semua Patuh SOP. Program Aspirasi Keluarga Bakal Bermula Khamis Ini

83
SHARES

Dengan hampir 90% sektor telah pun mula bekerja kini, ramai yang mengambil peluang untuk mulakan segala yang tergendala sebelum ini. Kenduri kawin dan pelbagai majlis telah pun mula beroperasi.

Semuanya tidak akan menjadi masalah sekiranya semua mengikut SOP yang ditetapkan.

Termasuklah Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang bakal bermula dari Khamis hingga Ahad ini.

SOP yang ketat dikeluarkan untuk penganjuran Program 100 hari AKM

Kredit Foto: Berita Harian

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata penularan wabak itu hanya akan berlaku apabila masyarakat mula lalai dalam aspek pematuhan SOP.

Rodzi berkata, jika dilihat angka penularan COVID-19 di negara ini dapat diturunkan dan ia boleh dicapai dengan pematuhan SOP.

“Tanpa SOP ini, untuk turunkan jumlah kes COVID-19 di bawah 3,000 amat sukar untuk dicapai.

Disebabkan itu, satu SOP ketat dikeluarkan untuk penganjuran 100 Hari AKM yang akan diadakan bermula 9 hingga 12 Disember ini.

Beliau juga berkata bahawa kesedaran rakyat mengenai SOP sudah ada dan ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga namun mungkin sedikit lalai dan lupa akan kewujudan wabak ini disekeliling kita.

Program 100 Hari AKM meliputi Karnival Kerjaya, persembahan kebudayaan, jualan usahawan dan lain-lain lagi

Tidak terhad kepada program jualan sahaja, kesemua lapisan masyarakat boleh mendapat manfaat daripada program ini.

Antara aktiviti yang ada ialah:

  • Karnival Kerjaya
  • Persembahan Kebudayaan
  • Malam Aspirasi Seni
  • Jualan Usahawan
  • Sukan Rakyat
  • Galeri Pencapaian Kementerian
  • Program Bantuan

Kanak-kanak 13 tahun ke atas perlu lengkap vaksinasi untuk hadir

Kredit Foto: Berita Harian

Namun begitu, bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun boleh hadir dengan syarat ibu bapa mereka telah lengkap vaksinasi.

Kapasiti program itu boleh memuatkan 20,000 pengunjung pada satu-satu masa, namun dengan mementingkan penjarakan fizikal, pihak penganjur mengehadkan kepada 10,350 individu.

“Kita mahu syarat utama SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu penjarakan fizikal dapat dilaksanakan,” menurut Datuk Rodzi Md Saad lagi.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×