Rakyat

Tiada Niat Nak Dera Hanya Mahu Alia Tak Kurang Zat, Wanita Pukul Anak Angkat Mohon Maaf

16
SHARES

Semalam, pasangan suami isteri yang didakwa mendera anak angkat mereka berusia empat tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi.

Baca juga: [VIDEO] Viral Wanita Pukul Kanak-Kanak Guna Penyapu Paksa Suruh Makan #JusticeForAlia

TIADA NIAT NAK DERA ANAK ANGKAT

Menerusi laporan Berita Harian, wanita yang dikenali sebagai Amira, membuat permohonan maaf dan menyatakan bahawa dia tiada niat untuk mendera anak angkatnya itu.

Saya memohon maaf dan tiada niat mendera. Saya memang pukul tetapi saya mahu dia makan untuk mengelak dia kurang nutrisi.

Amira yang tidak diwakili peguam turut merayu pengurangan denda dan mendakwa beliau tidak mempunyai niat untuk melakukan perbuatan mendera itu. Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid, tertuduh seorang yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga mangsa.

Kanak-kanak berumur sedemikian perlu diberi perhatian dan kasih-sayang. Kecederaan yang dialami mangsa ini berlaku pada banyak anggota badan dan bukannya di satu bahagian badan sahaja. Ini boleh menyebabkan trauma selama seumur mangsa. Tindakan tertuduh lebih kepada bukan mendidik namun ia satu perkara yang dianggap tidak adil dan dianggap zalim.

Terdahulu, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan dipaksa untuk menelan makanan yang telah disediakan sehingga termuntah. Mangsa dikatakan, dipukul oleh pasangan terbabit dengan menggunakan penyangkuk baju, kayu penyapu dan kadang kala dicucuh dengan pemetik api.

Susulan daripada itu, pasangan suami isteri tersebut mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi kerana melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×