Terbaharu, viral di laman media sosial sebuah video yang memaparkan seorang wanita memaksa seorang kanak-kanak untuk makan namun dengan cara yang keras. Video tersebut mengundang amarah dalam kalangan netizen dan ramai segera melalukan aduan supaya kanak-kanak tersebut diselamatkan.
Baca juga: ‘Tiba-Tiba Nampak Ramai Kerumun..’-Budak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 35 Kondominium
VIRAL WANITA PUKUL KANAK-KANAK PAKSA SURUH MAKAN
Menerusi video yang dikongsikan, wanita yang memakai baju berwarna hitam itu kelihatan memaksa kanak-kanak yang dipercayai anaknya itu untuk makan. Geram melihat anak kecil itu menangis seolah enggan makan, wanita berkenaan bertindak memukul menggunakan penyapu di bahagian tangan dan muka anaknya.
Video yang tular sejak pagi tadi itu mendapat kecaman hebat orang ramai dan rata-ratanya mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap wanita tersebut. Ujar netizen, wanita itu boleh didakwa kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
Meninjau di ruangan komen, difahamkan kanak-kanak terbabit merupakan anak angkat kepada wanita itu. Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aqiel memberitahu dia yang merakam video kejadian ini. Menurut Aqiel dia sudah melakukan laporan polis dan akan memberi penjelasan yang sebenar untuk netizen selepas ini. Bukan itu sahaja, laporan mengatakan bahawa wanita tersebut sudah ditahan dan kanak-kanak dah diselamatkan.
Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB, Tiktok Aqiel