Rakyat

[TERKINI] Ubat Antiviral Paxlovid Untuk Rawat Jangkitan Covid-19 Tiba Mac Ini

41
SHARES

Antara langkah pencegahan bagi melawan wabak Covid-19 adalah dengan menerima suntikan vaksin serta mematuhi setiap SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengurangkan penularan wabak tersebut.

Terbaharu, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau mengesahkan Malaysia akan menerima sebanyak 110,000 ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer untuk merawat Covid-19 pada Mac ini.

Baca juga: Arab Saudi Tamatkan Sekatan Covid-19, Mudahkan Umat Islam Ke Tanah Suci

UBAT ANTIVIRAL PAXLOVID UNTUK RAWAT JANGKITAN COVID-19

Perkara ini turut dikongsi di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan menyatakan ubat tersebut disyorkan untuk rawatan pada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen.

Walau bagaimanapun, Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Terkini Paxlovid adalah senjata baru, antiviral untuk merawat jangkitan Covid-19. PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) disyorkan untuk rawatan COVID-19 pada orang dewasa berumur 18 tahun & ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen & berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe). 

Anti-viral Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19 dan pengganti kepada tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP untuk elakkan dijangkiti Covid-19. 

Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yang merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dari membiak. Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dlm tempoh lebih lama.

Paxlovid tidak diberikan berterusan untuk lebih 5 hari. Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 dan dalam tempoh masa 5 hari gejala bermula untuk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat).

Menurut Khairy Jamaluddin, selain vaksin, Paxlovid turut dijadikan sebagai senjata baharu untuk Malaysia beralih ke fasa endemik.

Sumber: Kosmo & Facebook Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×