Kewangan

[TERKINI] KWSP i-SINAR Umum Ahli Terkesan Boleh Akses Akaun 1, Maksimum RM10,000

292
SHARES

Semenjak wabak COVID-19 melanda, banyak industri ekonimi yang terkesan dan memberi impak kepada rakyat. Ada yang perlu diberhentikan kerja dan ada juga yang gaji dipotong separuh. Bukan itu sahaja, buat rakyat yang berniaga mestilah pendapatan amat terjejas dan bergantung kepada duit simpanan yang tidak seberapa.

Terkini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersetuju untuk membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 bermula bulan Disember!

KWSP PENDAHULUAN PERTAMA ANTARA RM4000-RM10,000

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak akan dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu setelah mereka menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum daripada akaun dua menerusi program i-Lestari.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula bulan Disember dan akan dikreditkan amaun pada hujung bulan selepas permohonan telah dihantar.

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×