Famili

Terima Sambutan Mengalakkan, Pengunjung Berpuas Hati Dengan Program 100 Hari AKM

65
SHARES

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang memasuki hari kedua semalam, terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membawa keluarga bagi menyertai pelbagai aktiviti dianjurkan.

Selari dengan konsep yang dibawa melalui Keluarga Malaysia, program empat hari bermula kelmarin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, dibanjiri kelompok masyarakat pelbagai peringkat usia, bangsa dan latar belakang.

Selain booth Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pengunjung turut mengambil peluang ke Dewan Lima yang menyediakan puluhan booth jualan pameran usahawan tempatan dan booth permainan tradisional.

Golongan ibu bapa turut tidak ketinggalan membawa anak-anak ke program tersebut

Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk memberi anak-anak mereka merasai sendiri pengalaman bermain sukan rakyat seperti congkak, teng-teng, dam dan galah panjang.

Manakala bagi golongan remaja pula, mereka berpeluang bermain permainan e-sukan secara percuma serta boleh menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah sehingga RM40,000!

Mohamad Afiq Afnan, 16, yang juga merupakan seorang pelajar berkata aktiviti yang disediakan penganjur terutamanya sukan tradisional paling mengujakannya.

“Sudah lama rasanya tidak dapat mencuba permainan seperti congkak, jadi pengalaman hari ini (semalam) sangat menarik dan saya berharap kerajaan dapat mengadakan lagi program seperti ini pada masa depan,” katanya.

Usahawan juga mendapat khidmat nasihat berkaitan perniagaan

Usahawan kraf tangan dari Sabah, Joan Cynthia, 37, berpuas hati kerana kunjungannya ke AKM sangat membantu dalam mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat berkaitan perniagaan.

“Sebagai usahawan kraf tangan kecil-kecilan, saya amat memerlukan maklumat mengenai pinjaman dan kursus disediakan kerajaan bagi membantu peniaga,” katanya.

Penjawat awam, L Parameswary, 29, pula berkata program julung kali diadakan itu amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan bagi menyatupadukan seluruh rakyat serta mendekatkan orang ramai dengan pelbagai kementerian.

“Melalui program ini lebih senang untuk mengenali, mendapatkan perkhidmatan atau maklumat sama ada mengenai dasar dan bantuan tertentu.

Program Jom Masuk IPTA bantu remaja kenal pasti IPTA dalam negara

Program Jom Masuk IPT 2021 yang dianjurkan dapat membantu untuk para remaja untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci tawaran setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam negara yang mereka terima.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Wahi Nordin, berkata program Jom Masuk IPT 2021 bermatlamat menyebar luas maklumat pengajian sedia ada serta program baharu ditawarkan universiti awam, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam.

“Antara pengisian program termasuk pameran kerjaya, temu duga terbuka, cabutan bertuah dan khidmat nasihat peluang melanjutkan pengajian di IPTA”.

Sebanyak 20 universiti awam mengambil bahagian

Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) juga mengambil bahagian di program ini.

Sepanjang empat hari program itu juga, pengunjung berpeluang menyaksikan pameran Tesla oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di hadapan pentas mini.

Program AKM bersempena meraikan kejayaan semua kementerian yang mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×