Famili

Gara-Gara Makan Tiga Biji Telur Mata, Remaja Usia 17 Meninggal Dunia

12
SHARES
telur mata

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia selepas makan telur mata. Menerusi Harian Metro, si ibu membawa pulang mihun goreng dan telur mata selepas menghadiri program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak.

Bapa kepada arwah, dikenali sebagai Kamal memberitahu bahawa anak lelakinya itu makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata.

Baca juga: Tekad Nak Bersalin Normal, Ibu Ini Biarkan Air Ketuban Pecah Selama 5 Hari

TELUR MATA PUNCA REMAJA 17 TAHUN MENINGGAL DUNIA

TELUR MATA

“Isteri membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin dan dimakan kami lima beranak,” jelasnya.

Dia juga memberitahu bahawa hanya dia, isteri dan arwah makan telur berkenaan manakala dua lagi anak perempuan mereka makan mihun.

“Saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah,” katanya.

Pemberian makanan tersebut difahamkan disediakan oleh pihak luar yang ditempah penganjur program terbabit. Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Sekolah rendah agama di Sungai Cincin tersebut telah menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah. Difahamkan tiada pelajar sekolah itu terbabit dengan kes keracunan.

“Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dan dakwaan membabitkan dua kematian membabitkan pihak ketiga (orang luar),” ujarnya.

Baca juga: Ibu Kecewa Muka Anak Calar Akibat Terkena Alat Pecah Ketuban Ketika Beranak!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×