Wabak Covid-19 telah membuatkan seluruh dunia membataskan segala aktiviti yang melibatkan luar rumah. Keadaan ini membuktikan betapa bahaya dan kroniknya virus yang menular tersebut. Hanya dibenarkan untuk kekal didalam rumah, sememangnya ramai mengakui ianya agak membosankan.
Segala aktiviti berfaedah boleh dilakukan sepanjang tempoh kawalan berlangsung. Pelbagai perkongsian aktiviti yang boleh dipraktikkan oleh semua orang ketika berada didalam rumah. Tetapi apa yang mencuit hati berlaku apabila seorang budak lelaki yang dilaporkan menggunakan teknik samaran kerana hendak keluar bertemu rakannya. Christe Feimster berkongsi kisah itu dilaman facebooknya.
Anak Mengenakan Kostum Untuk Mengaburi Mata Ibunya
Seorang kanak kanak lelaki yang dikenali sebagai Jalen Feimster telah menggunakan kostum baby shark untuk mengaburi mata ibunya ketika dia hendak keluar bertemu rakannya. Kejadian lucu itu berlaku dikawasan kediaman di Ponchatoula, Louisiana.
Christe Feimster berkongsi dilaman facebooknya itu dengan berkata dia tertarik dengan perkongsian gambar kanak kanak memakai kostum baby shark itu yang berlaku dikawasan kejiranannya. Lebih menarik lagi, apabila kanak kanak disebalik kostum itu adalah anaknya sendiri, Jalen Feimster. Dia dapat mengecamnya kerana kostum yang dipakainya itu dimiliki oleh anaknya sendiri.
Rindu Kawan Kawannya
Christe berkata dia sering memarahi anaknya itu dan melarang untuk keluar gara gara keadaan yang tidak selamat untuk keluar kerana anaknya itu setiap hari akan meminta untuk keluar dan bermain bersama rakan rakannya. Jalen memakai kostum itu dan berjalan di kawasan perumahannya itu supaya dia boleh menjenguk rakan rakannya dan melambai rakannya itu. Macam macam ragam kita dengar sepanjang arahan stay at home ini di keluarkan. Apa apapun patuh lah pada arahan tersebut. Stay Home Stay Safe!
Sumber : Christe Feimster